Wednesday, October 17, 2012

PENSYARAH UTHM DIDAKWA MENIPU PENGUSAHA RESORT





Mohd. Effendi selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas pertuduhan menipu.


JOHOR BAHRU - Seorang pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu wang seorang pengusaha resort sebanyak RM16,000. 

Mengikut pertuduhan, Mohd. Effendi Daud, 39, dituduh menipu Paridah Husin, 46, pada 29 Julai tahun lalu di UTHM dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayainya akan mengadakan majlis penyampaian sijil untuk pelajar UTHM sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut.

Paridah yang terpedaya dengan tertuduh menyerahkan wang tunai tersebut melalui akaun CIMB Bank bernombor 01050117958521 di Batu Pahat pada pukul 3.30 petang, 29 Julai tahun lepas. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 19 November ini. - KOSMO


**********************

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...