Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Tip Jimat Bil Elektrik





Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman untuk menjimat penggunaan tenaga elektrik secara menyeluruh adalah dengan memastikan perkara berikut dilaksanakan:


1: Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

2: Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’.

3: Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

4: Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

5: Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

6: Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

7: Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ‘overload’ atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

8 :Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

9: Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

10: Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

11 :Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

12: Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian tersebut.

13: Elakkan ‘over dry’ pakaian anda.Kenapa agaknya tu?Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga letrik dan berkemungkinan besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya- benang jahitan lebih mudah tertetas.

14: Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang ‘reflective’ untuk ‘ceiling’ serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.

15: Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.

16: Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.

17: Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil. Ia agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan penggunaan tenaga.

18: Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pengcahayaan lampu tersebut.
*Jangan pula anda merungut apasal malap semacam je ni? Terutamanya masa nak baca surat khabar waktu malam*

19: Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.

20: Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu.

21: Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.
*Sebaiknya tanya dulu pada jurujual apa masalah yang sering dihadapi pelanggan terdahulu, berapa purata kos pembaikan dan bagaimana cara penggunaan yang terbaik*

22: Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.

23: Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?

24: Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung ‘frame’ gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak, gunakan saja alatan tangan biasa.

25: Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga.
*nanti jangan pula anda mengeluh bilik tak sejuk-sejuk, walhal dah berjam-jam ‘air-cond’ di’on’ kan*

26: Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau ‘microwave’ sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15 hingga 20 peratus.

27: Sekiranya anda bercadang membeli alatan atau gadjet terbaru di pasaran, pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya dapat membantu menjimatkan elektrik.

28: Semak bil letrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat cuba tips yang telah diberikan. Analisa juga sama ada anda ada membeli peralatan elektik atau elektronik yang baru. Jika ada gunakannya secara bijak dan kawal penggunaannya.

29: Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan letrik dengan mudah. Ia sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

30: Paling senang, korang guna unggun api jelah...lagi jimat...hehehe


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 6, 2011

Tips Nak Update Blog



Komik yang aku suka baca skang ni. Best giler!! Korang bacalah. Ada banyak lagi komik aku yang macam ni. Bila dah lenguh berblogwalking, inilah yang aku buat. Layan komik lah. Hahaha. Komik ni baru je aku beli dua hari yang lepas. Mahal kot. Tapi xpelah, minat punya pasal, aku beli gak. Buat koleksi. Ambik masa gak nak abes komik ni. Bukan apa, tengah baca-baca tu, ade je idea nak tulis dalam blog. Macam-macam nak buat. Itulah orang cakap, ilham nak dapat idea ada macam2 cara kan. Mungkin ini adalah satu cara nak dapat idea bila aku update blog ni. Serius aku cakap. Memang skang ni banyak je idea nak wat. Mungkin korang ade cara korang tersendiri nak cari idea tuk diupdate dalam blog korang kan. hehehe. Apa-apa pun, aku ucapkan semoga korang akan terus sukses berblogging ek. Have a beautiful sunday!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, December 8, 2010

Tip Wangikan Kereta



Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Bawa Daun Pandan Sampai Penuh
Sampai Tak Tahu Kete Jenama Apa


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 3, 2010

Tip Untuk Kempiskan Perut



Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan!Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, November 29, 2010

Tip Pilih Kameja


Kemeja bukan hanya sehelai pakaian. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal.Namun berapa ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat? Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Jadi, jangan tahu pakai sahaja. Banyak perkara yang perlu anda tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tip berikut membantu anda memilih sehelai kemeja yang tepat.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...