Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Friday, March 22, 2013

PARODY TOP 3 PENYANYI WANITA PALING MELETOP




Gelak sakan aku tengok video parody dari Jihan Raja Lawak ni. Betul-betul sengal. Tapi kan..kalau dengar betul-betul, sedap gak suara dia nyanyi. Cuma dia selitkan elemen lawak je la yang wat video ni nampak menarik sikit kan. Aku harap untuk ABPBH tahun ni Jihan Raja Lawak ni menanglah anugerah Artis Komedi Wanita popular. Aku suke tengok wat lawak dari artis-artis komedi wanita yang lain. Hehehe








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, November 12, 2011

9 Siti Impian Dambaan Lelaki

Siapa yang tak kenal Dato' Siti Nurhaliza...penyanyi wanita cantik yang punyai suara yang lunak merdu dengan tingkah laku yang sopan sesuai ciri-ciri wanita melayu. Untung Dato' K dapat Dato' Siti kan..tapi adakah itu sudah cukup untuk  kita jadikan sebagai Siti contoh di dalam kehidupan wanita sekarang?? Jom kita tengok antara individu-individu yang bernama Siti yang patut kaum wanita contohi.


********************



********************


[1] Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

[2] Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

[3] Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

[4] Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali).

[5] Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

[6] Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

[7] Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

[8] Siti Muti'ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

[9] Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini? *



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, October 7, 2011

Video Terbaru : Fall In Love - Siti Nurhaliza

Akhirnya, video klip terbaru Dato' Siti Nurhaliza keluar juga. Rasanya ini merupakan video klip yg paling cepat disiapkan berbanding dengan video klip sebelumnya. Dengan menggunakan peminat-peminatnya sebagai latar belakang pembikinan video klip terbaru menjadikan Dato' Siti Nurhaliza begitu dekat di hati peminat. Walaupun video klip ni nampak simple tapi para peminat nampak enjoy dengan elemen tarian yang ditonjolkan. Macam senam erobik pon ade aku tengok. Hehehe. Jom layan. 



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, April 4, 2011

Senarai Pemenang ABPBH 1990-2010

Sekadar nak berkongsi dengan korang senarai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian bermula dari tahun 1990 sehinggalah 2010. Ini bermakna sudah 20 tahun rancangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini telah dianjurkan. Saban tahun artis yang berjaya menggondol Anugerah Bintang Paling Popular akan bertukar. Tak kisahlah sama ada artis tersebut penyanyi, pelakon mahupun pelawak. Janji artis itu disukai oleh rakyat Malaysia, maka artis tersebut memang layak dinobatkan sebagai Paling Popular di dalam ABPBH. Jom kita tengok antara artis yang memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian bermula dari tahun 1990-2010.


1990 - Aishah (Penyanyi)

1991 - Zainal Abidin (Penyanyi)

1992 - Eman Manan (Pelakon)

1993 - Sofia Jane (Pelakon)

1994 - M.Nasir (Penyanyi)

1995 - Ziana Zain (Penyanyi & Pelakon)

1996 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1997 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1998 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1999 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2000 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2001 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2002 - Rosyam Nor (Pelakon)

2003 - Saiful Apek (Pelawak)

2004 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2005 - Mawi (Penyanyi)

2006 - Mawi (Penyanyi)

2007 - Mawi (Penyanyi)

2008 - Nabil Ahmad (Pelawak)

2009 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2010 - Shaheizy Sam (Pelakon)



2011 - Pezol Stylez (Blogger) \(^..^)v


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...