Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts
Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

DATUK SITI NURHALIZA SELAR KENYATAAN ZED ZAIDI PERTIKAI ABPBH






JOHOR BAHRU - Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.

Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar. 

“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. "Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri di kalangan pekerja berjawatan setiausaha terhibur dengan aksi persembahan dan nyanyian memukau diva nombor satu tanah air itu.

Antara lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi tersohor itu adalah Cindai, Medley Balada menghimpunkan tajuk Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa menerima tepukan gemuruh semua tetamu. 

Siti berkata, semua karyawan di negara ini diharapkan supaya saling bergabung dan bersaing secara sihat dalam industri seni dan hiburan tanah air sekali gus mempertingkatkan kualiti masing-masing. 

"Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri,” katanya. 

Media melaporkan kenyataan Zed Zaidi dalam akaun Twitternya yang tidak berpuas hati dengan kejayaan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz selepas merangkul anugerah ABPBH 2011 di Genting Highlands, kelmarin.


Sumber: SINAR HARIAN




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, April 4, 2011

Senarai Pemenang ABPBH 1990-2010

Sekadar nak berkongsi dengan korang senarai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian bermula dari tahun 1990 sehinggalah 2010. Ini bermakna sudah 20 tahun rancangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini telah dianjurkan. Saban tahun artis yang berjaya menggondol Anugerah Bintang Paling Popular akan bertukar. Tak kisahlah sama ada artis tersebut penyanyi, pelakon mahupun pelawak. Janji artis itu disukai oleh rakyat Malaysia, maka artis tersebut memang layak dinobatkan sebagai Paling Popular di dalam ABPBH. Jom kita tengok antara artis yang memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian bermula dari tahun 1990-2010.


1990 - Aishah (Penyanyi)

1991 - Zainal Abidin (Penyanyi)

1992 - Eman Manan (Pelakon)

1993 - Sofia Jane (Pelakon)

1994 - M.Nasir (Penyanyi)

1995 - Ziana Zain (Penyanyi & Pelakon)

1996 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1997 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1998 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

1999 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2000 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2001 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2002 - Rosyam Nor (Pelakon)

2003 - Saiful Apek (Pelawak)

2004 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2005 - Mawi (Penyanyi)

2006 - Mawi (Penyanyi)

2007 - Mawi (Penyanyi)

2008 - Nabil Ahmad (Pelawak)

2009 - Siti Nurhaliza (Penyanyi)

2010 - Shaheizy Sam (Pelakon)



2011 - Pezol Stylez (Blogger) \(^..^)v


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010



Berikut merupakan keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi tahun 2010 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands.


Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj. Nawawi


Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana


Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail


Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana


Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
6ixth Sense


Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan


Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah


Artis Baru Lelaki Popular
Shahir


Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali


Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak


Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha


Artis Nasyid Popular
Rabbani


Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir


Penyanyi Wanita Popular
Yuna


Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam


Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rosnani Jamil


Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian
Shaheizy Sam (126,168 undian)


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...