Showing posts with label siti contoh teladan. Show all posts
Showing posts with label siti contoh teladan. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

9 Siti Impian Dambaan Lelaki

Siapa yang tak kenal Dato' Siti Nurhaliza...penyanyi wanita cantik yang punyai suara yang lunak merdu dengan tingkah laku yang sopan sesuai ciri-ciri wanita melayu. Untung Dato' K dapat Dato' Siti kan..tapi adakah itu sudah cukup untuk  kita jadikan sebagai Siti contoh di dalam kehidupan wanita sekarang?? Jom kita tengok antara individu-individu yang bernama Siti yang patut kaum wanita contohi.


********************



********************


[1] Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

[2] Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

[3] Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

[4] Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali).

[5] Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

[6] Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

[7] Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

[8] Siti Muti'ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

[9] Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini? *



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...