Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

DATUK SITI NURHALIZA SELAR KENYATAAN ZED ZAIDI PERTIKAI ABPBH






JOHOR BAHRU - Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.

Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar. 

“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. "Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri di kalangan pekerja berjawatan setiausaha terhibur dengan aksi persembahan dan nyanyian memukau diva nombor satu tanah air itu.

Antara lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi tersohor itu adalah Cindai, Medley Balada menghimpunkan tajuk Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa menerima tepukan gemuruh semua tetamu. 

Siti berkata, semua karyawan di negara ini diharapkan supaya saling bergabung dan bersaing secara sihat dalam industri seni dan hiburan tanah air sekali gus mempertingkatkan kualiti masing-masing. 

"Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri,” katanya. 

Media melaporkan kenyataan Zed Zaidi dalam akaun Twitternya yang tidak berpuas hati dengan kejayaan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz selepas merangkul anugerah ABPBH 2011 di Genting Highlands, kelmarin.


Sumber: SINAR HARIAN




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, April 9, 2012

KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011




Best tengok ABPBH 25 tahun ni...banyak artis baru yang menang anugerah...

ditambah pulak dengan gabungan pengacara yg hebat-hebat belaka..

menambahkan lagi mood malam ni...

tahniah diucapkan kepada artis-artis yg berjaya..

yang tak menang...tingkatkan usaha anda lagi...insyaallah boleh menang...



ARTIS DUO/KUMPULAN POPULAR - JACLYN VICTOR , NING BAIZURA & SHILA HAMZAH

ARTIS BARU WANITA POPULAR - TASHA SHILLA

ARTIS BARU LELAKI POPULAR - JOHAN ARIFF AS'ARI

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR - FAIZAL ISMAIL

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR - FARA FAUZANA

ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR - DIDIE ALIAS

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR - JOHAN aka MAK JEMAH

PENGACARA TV LELAKI POPULAR - ZIZAN RAZAK

PENGACARA TV WANITA POPULAR - FARA FAUZANA

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR - AARON AZIZ

PELAKON FILEM WANITA POPULAR - MAYA KARIN

PELAKON TV LELAKI POPULAR - FIZZ FAIRUZ

PELAKON TV WANITA POPULAR - FASHA SANDHA

PENYANYI LELAKI POPULAR - HAFIZ NANO

PENYANYI WANITA POPULAR - YUNA

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT - DATUK SHEILA MAJID

ANUGERAH SERI PERAK - DATUK SITI NURHALIZA

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 25 - AARON AZIZ


gigih duk dpn tv tgok abpbh sambil update blog...hihi




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...