ASSIGNMENT #1 : Mari Berkenalan
NAMA ANDA : Faizul a.k.a Pezol
NAMA BLOG : Pezol Stylez
***************
SEJAK BILA MULA BERBLOG
Mula berblogging secara suka-suka pada awal bulan Januari tahun 2010 tapi blog yang suka-suka saya ini dah di'delete' dan bergiat secara aktif pada November 2010 dengan blog baru iaitu blog Pezol Stylez. Di harap kepada rakan-rakan di UBM dapat menerima saya seadanya dan kalau boleh follow la blog saya. Hahaha.
APA PANDANGAN ANDA MENGENAI DUNIA BLOG DARSAWARSA KINI
Blog merupakan antara satu platform yang terbaik di dalam menyampaikan apa sahaja maklumat semasa, hiburan, politik, sukan dan pelbagai lagi dengan cara penyampaian santai, formal, lawak dan sebagainya. Memberikan satu kepuasan dalam berblogging apabila dapat berkenalan dengan geng-geng blogger samada baru dan lama di samping dapat menambahkan sumber pendapatan melalui medium-medium yang disediakan.
PANDANGAN ANDA MENGENAI IPTM (Institus Pengajian Tinggi Maya) PERTAMA INI
Sangat teruja kerana berjaya diterima masuk ke IPTM ni. Jadi, sekarang saya menuntut di dua buah IPT yang berbeza. Satu dalam dunia realiti dan satu lagi dunia maya. Lepas ni, saya boleh jumpa geng-geng baru di IPTM ni dan saya harap kita boleh jadi kawan dalam dunia maya ini. Jikalau saya ada terlepas apa-apa assignment oleh pensyarah UBM sila maklumkan kepada saya. Maklumlah belajar dua tempat dalam satu masa. hehehe.
***************
Assignment ini akan dihantar ke Universiti Blogger Malaysia untuk semakan dan penilaian dari professor di sana. Kepada anda yang ingin menyambung pengajian di UBM ini, boleh lah terus mendaftarkan diri anda secara online di Pejabat Pendaftar UBM dengan kadar segera Klik SINI untuk pendaftaran. Tiada yuran pengajian dikenakan. Sekian. Happy Blogging.
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA
