Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK









1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’


4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, March 11, 2011

Tidur Boleh Kurus

Berdasarkan satu penyelidikan yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, di dapati individu yang mengalami masalah kegemukan, berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur. Menurut pendapat dan kajian seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, Fred Turek, diet serta senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap tidak memberangsangkan. 




Oleh itu, mulai dari sekarang, cubalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Usah lagi berjaga sehingga larut malam. Cuba selesaikan tugas anda seawal mungkin, berbanding hari-hari sebelumnya. Jika saranan ini dapat dilakukan dengan teratur, berserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil anda boleh menurunkan 10 kg atau lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Ubahlah tabiat tidur anda sekarang.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...