Sebagai seorang pelajar uthm, terbit perasaan bangga apabila perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dinobatkan sebagai perpustakaan yang paling besar dan canggih di Asia Tenggara di samping memberikan keselesaan yang optimum kepada pelajar-pelajar di sini untuk mencari maklumat tanpa sempadan.
Penitikberatan terhadap pembelajaran sebagai seorang mahasiswa adalah menjadi pemangkin kepada kami pelajar-pelajar di sini untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan kemudahan-kemudahan yang kondusif yang telah disediakan.
Kepada generasi-generasi baru pelajar UTHM, korang belajar lah elok-elok yer kat sini. Gunakan kemudahan yang telah diberikan dengan semaksimum mungkin kerana dengan ilmu itu sahaja akan dapat mengubah kehidupan korang kepada yang lebih baik.
"DENGAN HIKMAH KAMI MENEROKA"
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA