Selamat pagi. Harap korang sihat-sihat ek. Korang suke makan maggi tak?? Aku suke. Sedap woo. Masa awal semester dulu aku jarang makan maggi. Hari-hari makan nasi. Giler kenyang. Sekarang ni tak boleh dah nak makan nasi selalu sebab duit dah takde nak beli beras...sob sob sob. Bulan kegawatan ekonomi telah melanda. Aku rasa bukan aku sorang je kot.Mungkin ramai gak yang senasib dengan aku sekarang ni.
Mungkin inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh student macam aku ni...huhu. Hendak tak hendak terpaksa jugak makan maggi bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar universiti...sob sob lagi. Kalau nak makan nasi pon mungkin 2-3 je kot seminggu. Tapi takpelah...aku suka makan maggi. Sebab aku masak maggi sedap *ye ker??*...hahaha. Housemate aku pon cakap yang maggi aku masak sedap giler. *yelah tu, padahal saja nak tumpang sekaki kn*.
Apa-apa pun, sekarang ni aku kenalah pandai berjimat cermat dalam berbelanja. Final exam pon dah dekat. Kena study elok-elok ni. Biar hidup susah macam sekarang ni...yang penting keputusan nanti gempak. Betul tak?? Ok lah. Tu je untuk hari ni. Selamat berhari jumaat semua. Jaga diri. Bye.
fuurrrr~
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA