Showing posts with label asian wave 2012 shila amzah. Show all posts
Showing posts with label asian wave 2012 shila amzah. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

SHILA AMZAH TERIMA HADIAH RM1 JUTA MENANG ASIAN WAVE 2012








KUALA LUMPUR – Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.

Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.

“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.

Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.

Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding.

“Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube.

Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo. 

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja. Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.

Shila yang kini berada di Shanghai akan pulang ke tanah air pada 26 September ini. Beliau bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kemenangannya itu. - KOSMO



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, September 14, 2012

SHILA AMZAH LAYAK KE FINAL PERTANDINGAN ASIAN WAVE




Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah kerana berjaya melangkahkan kaki ke final Pertandingan Asian Wave 2012 di mana kalau korang nak tau pertandingan nyanyian ini adalah pertandingan peringkat antarabangsa untuk mencari penyanyi di Asia yang paling berbakat.

So, that mean Shila Amzah adalah satu-satunya penyanyi dari Malaysia yang layak ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 20 september nanti. Sama-samalah kita doakan kejayaan Shila Amzah di sana yer. Semoga beliau dapat mengharumkan nama Malaysia di benua Asia ini.







KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...