Showing posts with label tawakkuli karman. Show all posts
Showing posts with label tawakkuli karman. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

WANITA TAK BERTUDUNG ADALAH MANUSIA YANG MUNDUR








TAWAKKULl Karman ialah seorang wanita yang memenangi Anugerah Nobel (Noble Laureate) Keamanan berasal dari Yaman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Ibu Revolusi Yaman. Apabila wartawan bertanya kepada beliau mengenai pakaiannya yang menutup aurat, Hijab (tudung kepala) yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk tahap intelektual dan pendidikan beliau, Tawakkul Karman telah menerangkan dengan cukup jelas untuk kita semua renungi dan ambil iktibar.


Apa jawapan Tawakkuli Karman?? 


"Manusia di zaman awal peradaban hampir telanjang, seiring dengan pencapaian ilmu dan tamaddun manusia, mereka mula mengenakan pakaian. Makin lama makin banyak untuk menutupi tubuh badan mereka. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan pencapaian tertinggi peradaban manusia dan ianya bukan satu langkah kebelakang. Malah, manusia yang mula meninggalkan pakaianlah orang yang ingin mundur dan kembali ke zaman purba."



p/s: bertudung bagi seorang wanita bukan sekadar berfesyen semata-mata tetapi melambangkan ketaatan mereka kepada hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.wt. Renung-renungkan dan selamat beramal.







KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...