Thursday, March 31, 2011

Tip Jimat Bil Elektrik





Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman untuk menjimat penggunaan tenaga elektrik secara menyeluruh adalah dengan memastikan perkara berikut dilaksanakan:


1: Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

2: Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’.

3: Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

4: Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

5: Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

6: Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

7: Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ‘overload’ atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

8 :Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

9: Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

10: Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

11 :Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

12: Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian tersebut.

13: Elakkan ‘over dry’ pakaian anda.Kenapa agaknya tu?Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga letrik dan berkemungkinan besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya- benang jahitan lebih mudah tertetas.

14: Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang ‘reflective’ untuk ‘ceiling’ serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.

15: Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.

16: Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.

17: Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil. Ia agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan penggunaan tenaga.

18: Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pengcahayaan lampu tersebut.
*Jangan pula anda merungut apasal malap semacam je ni? Terutamanya masa nak baca surat khabar waktu malam*

19: Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.

20: Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu.

21: Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.
*Sebaiknya tanya dulu pada jurujual apa masalah yang sering dihadapi pelanggan terdahulu, berapa purata kos pembaikan dan bagaimana cara penggunaan yang terbaik*

22: Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.

23: Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?

24: Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung ‘frame’ gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak, gunakan saja alatan tangan biasa.

25: Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga.
*nanti jangan pula anda mengeluh bilik tak sejuk-sejuk, walhal dah berjam-jam ‘air-cond’ di’on’ kan*

26: Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau ‘microwave’ sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15 hingga 20 peratus.

27: Sekiranya anda bercadang membeli alatan atau gadjet terbaru di pasaran, pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya dapat membantu menjimatkan elektrik.

28: Semak bil letrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat cuba tips yang telah diberikan. Analisa juga sama ada anda ada membeli peralatan elektik atau elektronik yang baru. Jika ada gunakannya secara bijak dan kawal penggunaannya.

29: Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan letrik dengan mudah. Ia sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

30: Paling senang, korang guna unggun api jelah...lagi jimat...hehehe


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, March 30, 2011

Penggigit Pen Pasti Sukakanya

Korang suka gigit pen sambil menulis?? Mungkin ini akan menambahkan keseronokan semasa korang menggigit pen. Dave Hakkens telah menghasilkan pen yang dibuat daripada gula-gula. Menarik tak?? hahaha. Korang boleh makan gula-gula sambil menulis. Lebih menarik lagi, pen ini boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti tembikai, oren, peppermint dan banyak lagi. Tengah boring-boring belajar tu boleh lah korang makan gula-gula. Tak mengantuk dan belajar pon segar je. hahaha.




















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Budak Kecil Pun Bergosip Jugak

Sangat kelakar video ni apabila dua orang kembar anak kecil bersembang even menggunakan satu perkataan sahaja iaitu "ta ta ta". Hanya mereka berdua je faham apa yang mereka bincangkan. Aku tak henti-henti gelak tengok video ni. Lets check it out !!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, March 29, 2011

Berhenti Mengeluh



Apa jua situasi yang tidak menyenangkan anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati anda, elak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya, anda susah untuk jadi bermotivasi. 
Anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.

Elak untuk meluah rasa tidak puas hati. Elak mengeluh pada situsi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang anda keluhkan. Lupakannya. Anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi. Sebagai contoh, jika anda sedang dilanda masalah kewangan, jangan mengeluh kerana anda dilanda masalah kewangan. Sebaliknya, fokuskan pada penyelesaian masalah. Fikirkan apa yang anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah kewangan anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah kewangan anda.

Minta doa pada Yang Maha Esa, moga DIA kurniakan petunjuk untuk anda menghadapi situasi tersebut. Tuhan tidak menjawap doa-doa kita, mungkin sebab jauh daripadanya, sembahyang kita entah ke mana. Jadi, dekatkanlah diri anda kepada-Nya. Semoga Allah membuka pintu rezeki yang lebih luas. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Aku budak Kampung Aku Ok

Teringat masa aku zaman kanak-kanak dulu. Zaman itulah merupakan zaman yang paling best aku rasa kalau diingat kembali. Pelbagai kenangan manis, suka duka yang tidak boleh dilupakan sampai saat ini. Walaupun sekarang ni aku dan keluarga telah berhijrah ke bandar tetapi tidak membuatkan aku mudah lupa akan asal usul ku dari kampung. 

Bermain lumpur, menjerat burung, menjala ikan, melastik burung dan mandi sungai merupakan antara aktiviti  kegemaran ku sewaktu kecil dahulu. Menghirup udara segar di kampung membuatkan aku berasa amat selesa dengan keadaan sekeliling. Pergi ke hutan seorang diri mencari kayu api, memanjat pokok kelapa dan bercucuk tanam seakan-akan sudah sebati dengan diri. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Tidak ada apa yang perlu digelikan. Semuanya aku buat sebab aku suka.

Sekarang, semua itu hanyalah tinggal kenangan sahaja. Jadinya akan ku pahat erat kenangan indah itu di dalam kotak memoriku  buat selama-lamanya. Sesungguhnya, kenangan pada zaman itu, membuatkan aku tersenyum seketika pada kala aku menulis entry ini. Tammat.

****************

Antara koleksi gambar yang diambil oleh jurukamera Asit mengenai suasana kehidupan di kampung. Sangat teruja nak sharing ngn korang gambar yang beliau hasilkan. Aku rindu giler dengan kampung halaman. Jom balik kampung !! Layannnnnnn !!




































KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

The Wanted - Gold Forever (Official)


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Nak Kelihatan Cantik Dan Jelita



MAD - RM38 FOR ESSENTIAL HARMONISING FACIAL TREATMENT WORTH RM128 + RM50 TREATMENT VOUCHER AT ELYSEE BEAUTY



MAD Deal of the Day: RM38 instead of RM178 for Essential Harmonising Facial Treatment worth RM128 + RM50 treatment voucher at Elysee Beauty, Jalan Chow Thye, Penang. 


Want to look like a porcelain doll? Revitalise your most precious asset at Elysee Beauty. Once you check the spa centre out, you would never wanna leave. 

Grab this MAD deal today! Click HERE if you want  to deal with it.

#ForeverYoung yourself and spread this news to your friends and be rewarded with every purchase!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, March 28, 2011

Makan Aiskrim Bersama Pezol Stylez

Semalam keluar jenjalan dengan kawan-kawan main boling. Sebelum pergi main, kitorang singgah jap kat sebuah restauran Tomyam kat Batu Pahat Mall ni. Memang sedap sangat la tomyan kat situ. Originally from Thailand ok. Mau berasap juga telinga aku kalau makan kat situ. Aku tak order tomyam tapi aku order ais krim. Lama dah kot tak makan ais krim. Tengok kat menu cam menarik jer. Harga tu...cam biasalah, ada mahal sikit tp berbaloi-baloi. Haha. *panas-panas camni sedap makan aiskrim...hehe*.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Dubai Diselubungi Kabus

Pamandangan dari atas bangunan pencakar langit di dubai yang diselubungi kabus. Terasa berada di atas awan dan nampak sungguh 'stunning' sekali. Dubai memang terbaeklah. hehehe. Jom melancong ke Dubai kawan-kawan. Layannn !!























KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

The Beauty of Dubai

Antara koleksi gambar yang diambil oleh seorang jurugambar professional Christopher Wilson mengenai keindahan Dubai. Sangat cantik dan teringin nak pergi melancong ke sana. Tunggu masa dan ketikanya saja nanti. Hehehe. Jom layan gambar yang diambil oleh beliau.































KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Nak Foto Album Murah Dari Uprint



MAD - RM64 FOR FOR WINDOW/DIECUT HARDCOVER PHOTOBOOK FROM UPRINT



MAD Deal of the Day: RM64 instead of RM95 for Window/Diecut Hardcover Photobook from UPrint, Shah Alam.

Scene:
Angeline: Hey, could I see some pictures of yours?
Mark: Sure, of course! Let me get my computer out.

What happen to good old photo albums? Print your photos on photobooks the way you want it. Showcase your photography skills at one go!

Grab this MAD deal today! Click HERE if you want to deal with it.

Immortalise yourself and spread this news to your friends and be rewarded with every purchase!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, March 27, 2011

Pezol Team Menang Main Boling

Petang tadi join perlawanan boling anjuran Kelab Anak-Anak Perak UTHM. Even, aku ni bukan anak orang Perak tapi demi merapatkan ukhwah dengan mereka, aku sanggup turut serta memeriahkan perlawanan tadi. Memang meriahlah Aku tengok ramai gak gadis-gadis dari negeri Perak ni cantik-cantik dan lebih mengkagumkan diorang ni hebat jugak yer main boling. Terbaek lah. 

Jadi keputusannya, kumpulan aku hanya sekadar menduduki tempat yg ke-2 sahaja daripada 9 kumpulan yang bertanding. Diharapkan program-program seperti ni, boleh lah buat selalu. Dapat gak aku kumpul hamper banyak-banyak. Hahaha. Kepada kumpulan yg kalah specially kumpulan Cik Gojes, jangan bersedih ok...cuba lagi.


hamper naib juara (dari kiri ke kanan) : aku, suffyan, chot, jefri


antara peserta yang bertanding (dari kiri ke kanan) : ayie, haziq, jefri, aku dan chot



peserta-peserta yang sengal bila tengok kamera



peserta yang pantang tengok kamera specially Cik Gojes *jgn marah ye*



hamper kemenangan untuk team aku...naib juara keseluruhan 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lawak Kampus : Syok Sendiri


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Badan Fleksibel Tak Sakit Ke

Tak semua manusia di dunia ini yang mempunyai badan yang begitu fleksibel sehingga boleh dipusing-pusing sehingga 360 darjah. Mungkin bakat seperti ini adalah yang semulajadi dan mungkin juga melalui latihan sejak kecil. Dengan bakat yang dianugerahkn itu sudah pasti akan membawa seribu satu kebaikan kepada si tuan empunya badan. Tengok saja gambar di bawah ini, dengan kelebihan yang mereka meliki, mereka boleh menjana sumber pendapatan dengan mengadakan persembahan. Tapi persoalannya. Sampai bila badan mereka kekal seperti itu dan tak rasa sakit ke?? Fikir-fikirkan.































KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...