Tuesday, May 31, 2011

Elakkan Bau Badan



Bau badan adalah kombinasi di antara peluh dan bakteria. Untuk pengetahuan anda peluh sebenarnya tidak berbau, namun bakteria yang terhasil daripada peluh yang mengakibatkan badan berbau. Badan manusia menghasilkan dua jenis peluh yang diistilahkan sebagai apocrine dan eccrine. Kebiasaannya peluh jenis eccrine menurunkan suhu badan terutama ketika kita sedang bersenam. Manakala apocrine pula adalah pengaliran keluar peluh di bahagian bawah ketiak, tangan, kaki dan pangkal peha.


Kawal Bau Badan Anda !!

Mandi
Mandi dengan sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Lebih kerap anda mandi sebenarnya and akan kelihatan lebih segar. Dan masalah bau badan pasti tidak akan bersama anda. Ingat bakteria tidak akan singgah ditempat yang bersih !!.

Deodoran
Kebanyakan produk deodoran hanya menghalang bahagian ketiak berbau. Namun buat anda yang menghadapi masalah bau badan yang serius, pastikan anda memilih deodoran yang menghalang aktiviti bakteria daripada bertindakbalas dengan permukaan kulit. Produk seperti sabun akti-bakteria juga mampu melawan masalah bau badan.

Cara Pemakanan
Kurangkan pengambilan kafin, cola dan coklat serta makanan yang berzink. Ini adalah kerana makanan begini akan bertindakbalas menghasilkan peluh jenis apocrine. Banyak meminum air putih kerana ia dapat meneutralkan sistem penghadaman anda.

Asid Borik
Antara produk untuk mengawal bau badan yang boleh anda cuba antaranya adalah produk berasaskan asid borik. Gunakannya setiap kali selepas mandi dan asid ini mampu mengawal pertumbuhan bakteria pada badan. Namun dalam kadar yang diperlukan kerana penggunaan berlebihan mampu mengakibatkan kegatalan pada kulit anda.

Rawatan Alternatif
Jika anda mengalami masalah bau badan yang terlalu serius, rawatan yang dinamakan sebagai iontophoresis ini mungkin dapat membantu. Rawatan ini akan bertindakbalas dengan rongga kulit dengan menggunakan sistem elektrik bagi membuang lebihan peluh yang mengakibatkan bau badan yang terlalu kuat.


INFO: satu kajian dilakukan di bahagian Biologi Manusia di University Pensynavia melaporkan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, May 30, 2011

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Pakaian


Pakaian dan cara berpakaian mencerminkan keperibadian seseorang lelaki. Ada lelaki yang cenderung berpakaian rapid an bersih, tidak kurang juga yang sukakan gaya ringkas dan ada juga lelaki yang sukakan gaya yang agak selekeh. Secara umumnya, terdapat lima kategori lelaki yang boleh dikenali dari cara pemakaianya. Jom tengok...

LELAKI YANG BERPAKAIAN MENGIKUT KESELESAAN DIRI SENDIRI (IKUT SUKA)
Lelaki jenis ini cenderung mengenakan pakaian mengikut kepuasan dirinya tanpa menghiraukan orang lain. Biasanya pakaian yang dikenakan tidak menepati cita rasa ramai orang, contohnya, baju yang tidak digosok (berkedut), memakai pakaian yang tidak dicuci, mengenakan stoking yang tidak sesuai dengan kasut dan kasut yang tidak sesuai dengan seluar atau baju yang dipakai. Bagaimanapun keterampilan seperti ini masih dapat memikat ramai wanita, kenapa?
  • Mempunyai keperibadian yang kuat dan keyakinan yang tinggi.. 
  • Bukan jenis pemalu dan canggung.
  • Memiliki hati yang terbuka dan jiwa yang panas.
  • dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

CARA BERPAKAIAN YANG SANGAT TELITI DAN RAPI
Cara berpakaian lengkap teliti dan lebih konvensional seperti mengenakan kasut yang berkilat dan sut yang padan dan lengkap. Pendek kata, penampilan mereka sangat menarik. Lelaki jenis ini digemari oleh para wanita kerana,
  • Memiliki keperibadian yang utuh. 
  • Berfikiran matang dan gentleman. 
  • Sangat berhati-hati membuat keputusan. 
  • Berpendirian teguh. 
  • Menepati janji.
BERPAKAIAN PRAKTIKAL MENGIKUT KEADAAN DAN SUASANA
Lelaki jenis ini lebih praktik dalam banyak hal berbanding lelaki lain. Kebiasaannya mengenakan pakaian yang tidak berlebihan seperti kemeja T yang kemas dan rindah di pandang. Walaupun ringkas ia mengenakan pakaiannya dengan rapi. Lelaki jenis ini tetap digemari wanita kerana,
  • Orangnya tenang dalam mengambil keputusan. 
  • Langkah atau keputusan yang diambil telah dipertimbangkan dengan semasak-masaknya. 
  • Penuh idea dan kreatif. 
  • Tidak suka pada kongkongan, berjiwa bebas dan jika dikongkong lelaki ini cepat memberontak. 
  • Selalu tidak puas hati pada hasil kerjanya, membuat lelaki jenis ini lebih berwawasan.

BERPAKAIAN KETAT, RINGKAS
Lelaki jenis ini suka mengenakan pakaian yang ketat dengan kancing baju terbuka di bahagian dada. Cara pakaian ada kalanya lebih kepada gaya konoi (country). Pada pandagan wanita, mereka tetap menarik tetapi lelaki jenis ini ada kelemahannya.
  • Bersifat egois dan mementingkan diri sendiri. 
  • Tidak begitu sesuai dalam pergaulan. 
  • Suka menyinggung perasaan orang lain. 
  • Tidak tetap pendirian, biasanya tidak matang membuat sesuatu keputusan.

BERHATI-HATI DALAM PEMAKAIAN, SANGAT TELITI (WARNA DAN JENIS KAIN)
Lelaki jenis ini berketerampilan sangat kemas dan sangat teliti dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Lelaki ini sangat menitikberatkan warna dan jenis kain yang dipakai, semuanya harus sesuai, bahkan rambut juga harus sesuai dengan pakaian yang dikenakan. Disebalik penampilan itu, lelaki jenis ini juga punya kelemahan tersendiri,
  • Lelaki jenis ini biasanya bersifat rendah diri.
  • Tidak kuat kepercayaan diri.
  • Lelaki jenis ini suka waswas dan ragu dengan diri sendiri


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Oreo Goreng Sedap Di Sheznie Bakery



MAD - THE SMELL OF FRESH BAKED GOODS' GONNA SWOON YOU.


MAD Deal of the Day: RM25 instead of RM50 for Sheznie’s Scrumptious Selection of Cupcakes, Pies, Brownies and many more. 16 choices available. FREE DELIVERY within KL & PJ.

As you walk into the bakery you will get a whiff of fresh bread and pastries and cupcakes and everything warm and golden.

You really need to buy a dozen of each. Feed your family, have a picnic, it doesn't matter, its scrumptious. Click HERE to deal with now !!

Tell your friends about this too and get rewarded with every purchase they make with your link!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Gempar Kapal UFO Tersadai Atas Pokok

Gempar la sangat kan?? Tapi kapal tu memang betul tersadai atas pokok. Bukan di Malaysia tapi Sweden. Sebenarnya kapal UFO ini adalah sebuah hotel mini yang direka oleh Bertil Harstrom. Aku tengok dalam hotel ni pon ok gak la kalau nak tinggal satu dua hari. Dilengkapi dengan kemudahan moden seperti tandas, bilik air, ruangan makan dan bilik tidur. Walaupun ruangan yg agak terhad tapi mungkin ia akan memberikan pengalaman yg berbeza apabila berada menginap di sini. Korang layan jelah hotel ni ek. Bye.









p/s: teringin nak makan karipap petang2 nih....jom


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tahniah Salma Juara Mentor 5

Sememangnya seperti yang sudah ku jangkakan, Salma protege kepada Erra Fazira yang akan menjadi Juara Mentor 5 semalam. Siapa yang tak kenal dengan Salma. Kelantangan vokal suaranya yang sangat mengkagumkan telah menjadi aset yang sangat bertuah buat Salma. Aku teringat kata-kata abg rambut ketak dalam episod mula-mula dulu. Salma tidak ada pakej untuk menjadi seorang juara. *sentap hati mak*. Tapi Salma telah membuktikan bahawa walaupun Salma tidak mempunyai pakej yang sempurna *bagi aku Salma cantik wokey* namun Salma mampu muncul selaku seorang juara.

Sekalung tahniah aku ucapkan untuk Salma dan Erra Fazira di atas kemenangan ini. Rasanya semalam dalam status facebook ramai rakan facebook aku gembira dengan kemenangan Salma. Ini membuktikan yang Salma memang mempunyai ramai peminat di Malaysia ni. Yelah kalau ramai yang tak suka dengan Salma takkan Salma boleh jadi juara pulak kan. Buat apa nak sokong kalau suara tak sedap. Kalau harapkan muka saja memang tak kan ke mana la kan. Tetapi bagi aku, ke semua finalis Mentor 5 semalam memang terbaik.

Apa-apa pun, tahniah juga kepada Shiha protege kepada Datuk Sharifah Aini yang mendapat tempat ke-2 dan Iqa protege kepada Edry yang mendapat tempat ke-3. Persembahan korang pon mantap gak. Aku suka dengan Shiha. Pehhh...dah la cantik, ayu, sopan *ade ciri2 gadis idaman uh*, suara pun sedap. Memang terbaek lah aku cakap. Iqa pun ok gak, protege kepada Edry memang stylo habis. Cantik dan penuh bertenaga. Caya lah. Tahniah semua. Semoga sukses dalam karier korang. Bye.





p/s: erra fazira cantik giler dowh malam ni...sgt cantik...furrr~


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, May 29, 2011

Live Streaming Konsert Akhir Mentor 5


Saksikan pertandingan akhir program realiti Mentor 5 malam ini pada jam 9 malam. Siapakah protege dan mentor yang akan membawa gelaran Juara Mentor musim ke-5. Adakah Iqa protege kepada Edry Abdul Halim, Salma protege kepada Erra Fazira ataupun Shiha protege kepada Datuk Sharifah Aini. Segala-galanya akan terjawab pada malam ini.

Jom sama-sama kita meriahkan program Mentor malam ini. Aku harapkan peserta kegemaranku iaitu Salma akan menjadi juara pada malam ini. Korang pulak macam mana?? Kepada sesiapa yang malas nak tengok TV tu, korang bolehlah tengok secara online je ye. Sambil-sambil tengok Mentor, boleh blogwalking melawat kawan-kawan blogger yer. 

Nak tengok online?? Klik kat SINI. Selamat menonton.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Bantal Tidur Burung Unta

Assalamualaikum. Sejak dua tiga hari ni, semakin galak pulak hujan kat bumi parit raja ni. Boleh dikatakan hampir setiap pagi hujan membasahi tanah gersang di sini dengan gabungan indah guruh berdentum dan sinaran kilat yang sangat cantik mewarnai ruangan langit sana. Jadi secara tidak langsung segala aktiviti di pagi hari akan tergendala buat seketika. Aktiviti 'membuta' juga menjadi aktiviti kegemaran di kala sejuk mencucuk badan yang sangat tidak berapa nak 'ngam' dengan suhu berhawa dingin. Alhamdulillah, dapat juga merasai suhu sehingga sekarang ni.

Hari ni aku hanya nak kongsi dengan korang bantal tidur burung unta. Pelik gak. Korang mesti tau bagaimana burung unta tidur kan? Burung unta akan memasukkan kepala diorang dalam tanah apabila nak tidur. Jadi Kawamura Ganjavian telah mengambil cara burung unta tidur dan mereka sejenis bantal yang mana korang boleh tidur dengan memasukkan kepala korang dalam bantal tersebut. Tapi boleh ke kita bernafas apabila memasukkan kepala dalam bantal tu nanti? Hurmmm...entah lah. Kena cuba dulu baru tau boleh ke tak. Hehehe. Ok la, korang layan jelah ek gambar kat bawah tu. Bye




p/s: nak bawak tido dalam kuliah boleh tak?? hehehe


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, May 28, 2011

Cepat Je Datang Bila Nak Susu

Gelak guling-guling aku tengok video nih.Sangat comel dowh. KOorang layan jelah. Hehehe


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, May 27, 2011

Servis Baik Dari D'Fujicool


MAD - D'Fujicool Car Tinting TK-300 at R228 instead of RM650 OR XO-800 at RM300 instead of RM1500 for ALL CARS including MPVs & SUVs - 7 Years Warranty by Fujicool Marketing

MAD Deal of the Day: D'Fujicool Car Tinting TK-300 at RM228 instead of RM650 OR XO-800 at RM300 instead of RM1500 for ALL CARS including MPVs & SUVs - 7 Years Warranty by Fujicool Marketing, Damansara Perdana.

Block those harmful UV Rays! In this Malaysian heat, you've got to walk out of the house protected. By that I mean, sunblock, sunglasses and you really got to make sure the car you are driving around the city is tinted!

Tell your friends about it and get rewarded with every purchase they make with your link! Click HERE if you wanna to deal with it. Hurry up guys.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, May 26, 2011

Lawak Kampus : Tak Sanggup


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, May 23, 2011

Nak Keluarkan Duit Churp Churp

Selamat petang korang. Korang dah daftar akaun Churp Churp belum?? Aku just nak bagitau kat korang...tak lama lagi aku nak keluarkan duit dalam akaun Churp Churp. Yay !! Best nyew. Selain akaun Nuffnang, Churp Churp ni adalah salah satu sumber pendapatan yang korang boleh buat dalam dunia maya ni. Masyuk tau. Tak rugi kalau korang join Churp Churp nih. Daripada korang duk saja tuh, korang bolehlah wat akaun Churp Churp ni. Ada gak income lebih kan. Hehehe.


Kalau korang tengok aku punya income sampai setakat nih, hanya tinggal beberapa RM je lagi sebelum aku boleh keluarkan. Ini adalah hasil 1 bulan aku join Churp Churp. Masyuk tak?? Mestilah masyuk kan. Siapa nak bagi duit camtu. So, korang fikir-fikirkan lah. Pilihan adalah di tangan korang samada nak join ataupun tak. Ok la, kalau korang rase nak join, just klik kat SINI untuk mendaftar. Free je pon. Takyah bayar apa-apa. Cepat-cepat. Jangan berlengah lagi join Churp Churp. Hehehe.


p/s: rebutlah rezeki itu selagi masih ada di depan mata.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, May 22, 2011

Suka Dengan Blog Nih

Ermmm...pertama kali tengok blog nih...suda jatuh cinta...bukan pada tuan punya blog tau tapi pada blog jer. *kalau pd tuan punya blog pon apa salah nyew*. Kenape?? Sebab blog Colour Beautiful Things ni sgt catchy, menarik, simple, colourful dan yg paling aku suka adalah sebab blog ni byk gambar. Macam blog aku gak la.

Aku suke tengok blog-blog yg banyak letak gambar. Tak payah la aku nak bace. Tengok gambar dan penerangan yg simple sudah cukup bg aku. Header blog ni pon comel. Sayer syuker sayer syuker *eee...gedik nyew*. Lagi satu, nak bagitau kat korang...blogger ni adalah follower aku yang ke-2020. Cantik kan nombor tuh. Tahniah.

So, apa tunggu lagi, jom terjah blog Colour Beautiful Things nih. Sambil2 tuh korang follow lah yer kalau korang suker. Blogger nih pon blogger baru lg. Jom sama2 kita support beliau. Yeah !! Peace ^_^


p/s: Masa Itu Emas....jadi gunakanlah masa sebaik yg mungkin.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lepak Dengan Awek Macam Ni Best

Cantik tak? Cantik tak? kerusi putar kat bawah tuh. Sangat stylez kan? Aku suka aku suka. Korang mesti suka gak kan. Yelah, kalau petang-petang, bersantai dengan pakwe ke makwe ke..mesti romantik kan...di bawah sinaran cahaya matahari sambil dihembus angin sempoi-sempoi bahasa. Tenung-tenung mata, kenyit-kenyit, main cuit-cuit...best nyewwww.. Pehhh...sangat cun lah. Nak satu nak satu.

Dicipta oleh Victor M. Alemen, seorang pereka perabot di Sepanyol yang mana kerusi putar ni direka untuk mereka yang menginginkan suasana santai di waktu pagi mahupun petang sambil berkomunikasi di antara satu sama lain. Perlu diingat..hanya dua orang je tau.hehehe. Ok lah..kalu korang nk tempah kerusi ni sila lawati website beliau. Klik SINI. dan jangan lupe tempah untuk aku sekali tau. hahaha. Hve a nice day guys.






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, May 21, 2011

Bermanja Di Spa Heavenly Touch


MAD - RM48 for Meridian Face Guasha Treatment + Bust Detox & Firming Therapy + Meridian Point Body Therapy + Uterus Lifting Massage + Scalp Guasha Massage at Heavenly Touch

MAD Deal of the Day: RM48 instead of RM415 for Meridian Face Guasha Treatment + Bust Detox & Firming Therapy + Meridian Point Body Therapy + Uterus Lifting Massage + Scalp Guasha Massage at Heavenly Touch, Kota Damansara.

Do you sometimes feel traditional methods back in the olden days works better? We concur! Take a U-Turn and heal your body. Check this deal out HERE!

Tell your friends about it and get rewarded with every purchase they make with your link!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, May 20, 2011

Followers Bertuah Pezol Stylez Hari Ni

Assalamualaikum. Hari ni, aku rasa sangat happy sebab pertama, follower aku pon dah mencapai target iaitu 2000. *yay yay* Thanks tau kepada semua bloggers yang sudi mem'follow' blog Pezol Stylez. Sayang korang semua. InsyaAllah aku akan cuba update blog Pezol Stylez dari semasa ke semasa.

Aku juga happy pada hari ni  sebab tadi bila aku buka akaun Nuffnang, pehhh...ade jugak income masok. Rezeki hari jumaat katakn. Hehe. Alhamdulillah. Tak lama lagi nak cash-out yg ke-4 la tu. *ma$yuk..ma$yuk*. Thanks kepada Nuffnang dan kepada korang yang sudi klik iklan kat blog Pezol Stylez.

Apa-apa semua ni adalah rezeki daripada Allah S.W.T dan kita sebagai hamba-Nya wajib bersyukur ke atas segala nikmat yang dikurniakan. Betul x?? Ok lah. Sebelum aku nak blah, korang usha la tiga follower bertuah aku hari ni iaitu Kak Jieda, Nusha dan Kisah Tiny. Thanks sudi follow blog Pezol Stylez. Jumpe lagi dalam entry setrusnya. Bye.

 follower ke-2000 : Kak Jieda

follower ke-2001 : Nusha

follower ke-2002 : Kisah Tiny


p/s: salam takziah buat keluarga blogger telurdibasuh.blogspot di atas pemergian admin telurdibasuh...al-fatihah


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, May 19, 2011

Laci Pakaian Informasi Sangat Comel

Training Dresser akan mengajar anak anda untuk menyimpan pakaian mereka di tempat yang betul. Direkacipta oleh Peter Bristol, laci informasi ini direka dengan bentuk yang berbeza mengikut jenis pakaian yang hendak disimpan. Laci pakaian yang unik sangat sesuai diletak di mana-mana sudut yang korang suka di dalam bilik korang.








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, May 18, 2011

Sedap Berurut Di Emperor Spa

MAD - RM68 for a Balinese Full Body Massage + Full Body Scrub + Herbal Ball Massage OR Aroma Ear Candling at Emperor Spa

MAD Deal of the Day: RM68 instead of RM386 for a Balinese Full Body Massage + Full Body Scrub + Herbal Ball Massage OR Aroma Ear Candling at Emperor Spa, Damansara Utama. Jacuzzi bath included if over 250 vouchers sold!

Helloooo Holiday!! Click HERE to deal with it !!

Can't go to Bali? Well, get a Balinese massage ANYWAY! You'll never know the difference in this Balinese ambiance. The aromatherapy would just slip you right into relaxation comatose. Haha.

Tell your friends about it and experience it together. Get rewarded with every purchase they make with your link!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, May 16, 2011

Hati hati Dengan Emel Palsu Maybank

Morning guys...hari ni aku bukak emel, aku dapat emel palsu dari individu yang tidak bertanggungjawab. First aku ingatkan emel ni emel betul dari pihak maybank. Tapi bila aku klik kat Press here tu...aku tau dah confirm ni emel palsu. Sebab ape?? Tengok kat URL's pun dah tau tu emel palsu. *nasib baik aku tak tertipu*. Ada pulak kan URL's Maybank macam ni www.sweetableeatables.com. Pelik kan??. Main sweet2 lak . Agak-agak la kalu nak menipu pun kan. ish..ish..ish. 

Jadi, kepada korang yang dapat emel macam ni yang meminta korang update akaun maybank korang, pastikan URL's tu betul-betul dari pihak maybank saje yer http://www.maybank2u.com.my/. Maybank xdepon buat URL's pelik cam tadi tu. Kalau korang dapat emel camni, sila abaikan yer. Jangan jadikan diri korang mangsa penipuan cyber abad ini. Be peace and harmony



p/s: aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kpd semua guru yang mengajar aku dari sekolah rendah sampai masuk universiti sekarang. Jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bial. Terima Kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kepada ku selama ini.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Bila Aku Dah Bosan

Joe Bagley mencipta satu Silhouett Art yang sangat unik hanya dari sehelai kertas hitam. Cantik kan?? Kalau korang nak tau, Joe Bagley buat semua ni hanya menggunakan pisau x-acto yang tajam sahaja. Hebat kan?? Teringin nak buat satu. Try je. Jadi tak jadi belakang kira. hehehe. Korang ley buat?? 










KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...