Monday, June 10, 2013

LARIAN ANTARABANGSA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2013



Sabtu lepas aku join larian antarabangsa angkatan tentera malaysia. Aku rasa ini lah larian yang paling mencabar aku pernah sertai. Dengan jarak larian lebih kurang 25km ditambah laluan yang mencabar seperti berbukit bukau, becak, lompat parit, masuk hutan, laluan pantai, ladang kelapa sawit dan macam-macam lagi menjadikan Larian Antarabangsa Angkatan Tentera ini di antara larian yang paling mencabar di Malaysia.

Alhamdulillah, dalam larian ini aku dapat tempat ke-23 di mana hanya top 30 sahaja medal disediakan. Memang dari mula aku lari, dalam otak aku nak dapatkan top 30 je. Tak sangka pulak bila dah sampai penamat tu, tukang jaga masa bagi kad kedudukan larian nombor 23. Happy giler masa tu. Yelah dah penat lari sampai 2 jam lebih kan. So lepas ni kena fikir dua tiga kali jugak la kalu nak join larian ni lagi. Hehehe

peta larian

rangking untuk kategori lelaki terbuka

meriam untuk perlepasan peserta larian

amek hadiah ngn sijil

hehehehe

koleksi medal terbaru...hihihi




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, June 7, 2013

REKABENTUK SENARAI MENU RESTORAN YANG KREATIF




Tak lengkap sesebuah restoran itu tanpa ada senarai menu yang ingin disajikan. Di sini disediakan beberapa contoh rekaan senarai menu yang sangat kreatif yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada sesiapa yang membuka restoran mahupun kedai makan. Enjoy :D

















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, June 5, 2013

WORDLESS WEDNESDAY: MEDAL KEMENANGAN




Dapat lagi tahun ni. Hehehehe






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, June 4, 2013

ALKISAH CIUMAN PAGI SUAMI PADA ISTERI



Cerita ni jupe kat fb...so terasa nak share plak...hehehe

***********

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.  

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah. 15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat. Ayah patah balik.

“Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya Ayah terus ke bilik.

Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu.

Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain. Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil. Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka. 

copy from : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

LUKISAN TANGAN BENTUK BINATANG YANG KREATIF



Kreatif kan? Dengan hanya menggunakan tangan dapat membentuk muka-muka haiwan disamping gabungan warna yang menyerlahkan lagi bentuknya. Semua ini telah dihasilkan oleh Guido Daniele. Jom layannnn !!

















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, June 3, 2013

KISAH KAHWIN SEMASA ANAK MASIH BELAJAR






Tengah sedap2 checking status member kat fb, terjumpa satu cerita pasal pasangan yang berkahwin pada masa belajar. tertarik juga dengan cerita ini. Jadi saya share untuk korang juge.

************

Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kawen muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kawen masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kawenkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu." 

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,s aya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas, tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita, bulih jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang laen salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

AIRASIA BUAT PROMOSI TAMBANG MURAH SERENDAH RM29







Syarikat penerbangan AirAsia sedang membuat promosi tambang murah bermula RM29 penerbangan dari Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut sila layari www.airasia.com.my. Selamat bercuti uols!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

LAMPU LED BASIKAL YANG KREATIF



Monkey Light Pro adalah kempen Kickstarter yang menarik dilancarkan oleh Syarikat MonkeyLetric yang berpangkalan di San Francisco. Pada asasnya, ia adalah satu sistem paparan roda basikal dengan keupayaan untuk menampilkan grafik pergerakan semasa anda mengayuh basikal. Sistem paparan LED direka untuk menjadi serasi dengan mana-mana roda basikal standard, jadi sesiapa yang boleh memasang pada roda mereka dan memakai pertunjukan cahaya yang bergerak. Bahagian yang terbaik ialah, anda boleh memaparkan grafik anda sendiri atau mesej. Anda boleh membuat senarai dengan imej sendiri dan animasi dengan aplikasi web mereka anda, kemudian menghantar senarai tersebut kepada "Monkey Light Pro" melalui bluetooth. Setelah itu anda boleh mengayuh paparan mengisi roda basikal dan boleh dilihat dari kedua-dua belah pihak. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman kickstarter itu.









KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...