Saturday, October 29, 2011

Jeruk Penang Dah Mai Dah

Thanks sgt2 kat blogger hairi aka liku-liku kehidupan kerana sudi mengirimkan jeruk yang didatangkan khas dari penang. dari mana?? saya ulangi penang uols. hahaha...yeahhh...lepas dh mengidam malam ni makan jeruk. Fevret tau. Dah lama x makan jeruk. Macam-macam uols blogger hairi ni kirim jeruk. Bley wat stok 1 minggu makan jeruk jah. 

Dengar kata dari blogger hairi ni...kat tanah semenanjung ni..jeruk dari penang la pling femes..tu yg nak merasa tuh. Ok la. Kepada sape2 nak yang merasa jeruk dari penang ni bley la g penang ok. Tak pon suh je blogger hairi ni tolong belikan tuk korang...tu pon kalu die alik kampung...btw thanks sekali lg tuk hairi yer..susah2 lak bg kat aku.







p/s: meh makan sama kawan2...;p


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Korang Undi Je Dapat RM500


Senang je kerja korang. Korang undi je akan dapat RM500 untuk design minuman nescafe terbaru. Aku xtahu macam mana diorang pilih pemenang tapi kalau undian korang tu bertuah dapatlah RM500 tuh. Yelah dari korang duk saja kan..baik korang undi design2 minuman nescafe ni. Siapa tahu kan rezeki korang dapat kat sini. Jom UNDI sini, UNDI sini, UNDI sini. Good Luck guys!!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

[Video] Okenpi Anjing Yang Mengiau

Inilah seekor anjing yang comel Okenpi tapi anjing ini sangat pelik sikit sebab tak sama dengan anjing-anjing yang lain. Okenpi si comel ini mempunyai masalah kecelaruan identiti yang sangat serius dalam dirinya kerana mengeluarkan suara seperti kucing mengiau. Pelik bukan? Tak percaya jom saksikan video kat bawah ni.




sumber: wan wan nyan by islandlifer3


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, October 28, 2011

Wajah Baru Blog Pezol Stylez

Alhamdulillah..nampaknya blog aku pon dah bertukar wajah tuk yang ke sekian kali. Tema kali ni gelap sikit berbanding dengan lepas. Yelah tukar selera lak. Asyik warne cerah-cerah...teringin gak nak warne gelap lak kan. Baru nampak macho sikit. Sebelum tu aku nak berikan kredit kepada blogger APIT aka Hafizzi Aziz kerana dari blog beliau lah iaitu fizgraphic.com aku dpt belajar banyak cara-cara nak men'design' blog aku sekarang. Thanks again dude. Nanti aku nak order 'barang' kat ko ek. Sape2 nak buat blog korang cantik terjah lah blog apit ni. Berbaloi2.


Aku tukar blog aku ni pon bukan sebab aku dah bosan dengan yang header yang lama *padahal memang bosan pon kan* tapi lebih kepada menyambut ulang tahun pertama blog Pezol Stylez ditubuhkan...yer..ulangtahun pertama ok. Ada dalam beberapa hari lagi aku nak sambut ulang tahun blog aku ni. Korang nak tau bile?? Aku start blogging blog ni 11.11.10. Makanya 11.11.11 genaplah usia blog aku setahun. Cantik kan tarikh ulangtahun blog aku. Bukan senang nak dpt tarikh camtu. Hehehe.

Banyak kenangan suka duka sepanjang hampir setahun aku berblogging. Tapi semua tu aku tak kisah. Mana yang baik tu jadikan teladan. Mana yang tak berapa nak baik cuba perbaiki lagi untuk menjadi yang lebih baik. Ok lah. Malas potpet lama-lama. Bukan korang nak bace pon kan?? hehehe. Thanks kepada semua yang sudi membace blog Pezol Stylez ni ek. InsyaAllah akan lebih banyak lagi info-info yang menarik untuk dikongsi bersama. Bye


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, October 27, 2011

Duyung Terdampar Banjir Di Thailand

Gelak je aku tengok gambar duyong sesat kat Thailand ni. Sempat kan lagi nak buat lawak time2 Thailand di landa banjir. Apa-apa pon memang menarik untuk ditonton oleh ramai di sana. Hahaha. 



p/s: malaysia pon dah nak dekat musim tengkujoh ni..tak lama lagi nak banjir gak ni. Siap sedia semua.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Nenek 90 Tahun Fesyenita Terkenal Dunia

Usia bukan penghalang bagi seorang fesyenita terkenal dunia Iris Apfel yang berusia 90 tahun untuk bergaya ke majlis-majlis rasmi atau tak rasmi. Memang terbaek la punya nenek ni. Mengalahkan orang muda je. Tabik spring kentang la pada nenek ni. Kata orang berani mati. Fesyen tak mengenal usia. Gituuuuhhhhhhhhhhhh !! Apa-apa pon koleksi gelang dan anting-anting memang taste tinggi uols. *mak jemah ok je*. Jangan jeles yer. Meh tengok antara koleksi barangan peribadi beliau.



  



  



  





  



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, October 26, 2011

Siapa Sebenarnya Mua'mar Al Qaddafi


BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!


Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

  1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
  2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
  4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
  5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
  6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
  7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
  8. Pendidikan adalah percumn;
  9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
  10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
  11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
  12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
  13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
  14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
  15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
  16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
  17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
  18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
  19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Malaysia??? Apa yang ada??? fikirkanlah...

sumber: amek dari facebook tadi..hihi


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wordless Wednesday | Love You


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Gempa Bumi Di Turki Bayi Berusia 2 Minggu Terselamat

Gambar di sekitar gempa bumi yang melanda Turki beberapa hari yang lalu mengorbankan ratusan rakyat Turki dan menyebabkan kerosakan teruk bangunan-bangunan di sana. Perkara yang paling menakjubkan berlaku di sana apabila seorang bayi Azra berusia dua minggu terselamat daripada runtuhan. Turut terselamat di dalam kejadian itu adalah ibu dan nenek bayi tersebut. Jom tengok gambar-gambar di sekitar kejadian gempa bumi di Turki.

















p/s: semoga Malaysia akan terus terhindar daripada bencana alam yang dasyat ini. amin.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, October 25, 2011

Gile Menghairahkan Tengok Kasut Tumit Nih

Agak-agak korang yang wanita tu nak pakai tak kasut camni g shopping?? Memang meletopz la uols kalu pakai. Tangkap leleh terus kalau orang laki tengok. Mau tak tegoda kan. Silap-silap ley langgar tiang tau. Hahaha. Apa-apa pun rekaan kasut ni memang unik kan. Menghairahkan. Opppppppps !!






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lagi Budak Mangsa Pemandu Tak Berhati Perut Di China

Belum pun habis kisah menyayat hati budak perempuan China berusia 2 tahun yang di langgar lari oleh pemandu yang tak berhati perut seminggu yang lalu, terbaru lagi seorang budak berusia 5 tahun Maoke Xiong yang baru sahaja meninggalkan rumah untuk pergi ke sekolah dilanggar oleh seorang pemandu lori Ao Yong yang tidak berperikemanusiaan. Lebih memeritkan lagi, kejadian yang berlaku di Luzhou, barat China ini, pemandu lori terbabit melanggar lagi bagi ke-2 kali bagi memastikan budak tersebut betul-betul mati dengan alasan bagi mengelakkan dikenakan bayaran bil-bil hospital bagi budak tersebut. Bodoh betul kan pemandu lori tu. 



Ibu kepada Xiong Maoke duduk di sebelah mayat anaknya yang dilenyek lori.

Berita Lanjut ---------> SINI


p/s: penerapan nilai-nilai murni perlu dipupuk sedari kecil lagi. Kesian tengok budak2 mati camtu saje...sob


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, October 24, 2011

Sila Buang Air Dengan Betul

Pelik dah sekarang kan...nak buang air kat dalam tandas pon ade cara-cara yang perlu dibuat dan xpatut dibuat...kenapa jadi camni?? Kat sekolah takde yang ajar ke?? Mak, ayah, kakak dan abang tak ajar ke. Hurmm..aku tak tahu nak cakap dah...kat dalam tandas je pon. Bukan ade apa-apa yang special dalam tandas tu nak buat aksi-aksi xsepatutnya...fikir-fikir kan lah yer.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Berkhemah Di Atas Awan

Khemah ini kelihatan seolah-olah ia telah berada di atas langit tapi sebenarnya ia adalah satu trik dalam gambar saja. Pelajar Bjarke Bitsch berkata khemah beliau begitu tinggi sehingga Mont Blanc iaitu gunung tertinggi di Alps Perancis. Salji dan awan yang dicantum bersama-sama dalam gambar ini. Pelajar berusia 24 tahun dari Aarhus di Denmark ini telah mengambil gambar yang menakjubkan sepanjang ekspedisi tiga hari untuk mendaki puncak di Chamonix, Perancis. Jom tengok.



p/s: teringin pulak nak mendaki gunung everestt...tp mampu ke?? haha


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, October 23, 2011

Balang Ikan Gelembung Serius Style

Akuarium kreatif yang direka oleh Psalt kelihatan seperti ia jatuh dari meja. Bentuk balang ikan yang mengagumkan ini telah diilhamkan daripada kejatuhan air yang bersedia untuk mengalir di tepi permukaan dan berhenti seketika sebelum jatuh ke bawah. Mesti cuak ikan kat dalam balang tu kan sebab takut balang tu jatuh ke bawah. Hahaha. Memang style balang ni.







sumber: Psalt


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

[Video] Simoncelli Pelumba MotoGP Maut Di Litar Sepang

Pelumba MotoGP dari Itali, Marco Simoncelli 24 tahun maut di Litar Sepang pada petang tadi apabila berlaku pertembungan dengan dua buah lagi motobike yang lain. Difahamkan beliau telah hilang kawalan motobike lalu merempuh motobike yang lain pada pusingan yang ke-11. Berita lanjut klik SINI




p/s: pandu cermat jiwa selamat.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Main Helikopter Best Kau Hado







MAD Deal of the Day: RM260 instead of RM365 for E-SKY LAMA V4 FM 4CH Electric Remote-controlled Helicopter from Hobbysportz, Tesco Kepong. Latest Model. Nationwide Delivery Available.

Hover indoors, or let her rip outside. You can even opt for nationwide delivery so the helicopter arrives right at your doorstep, ready to fly the minute it's unboxed.

No assembly required. Click HERE to deal with it.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...