Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, December 5, 2011

TELEFON PINTAR PUNCA SAKIT TENGKUK DAN JARI




LONDON: Pengguna telefon pintar dan komputer tablet kini dilaporkan mula mengalami masalah dikenali high-tech blues berikutan meningkatnya kecanggihan teknologi yang menyebabkan kesakitan termasuk sakit leher hingga kepada kecederaan ibu jari.

Pakar kesihatan di Britain memberi amaran kecederaan itu berpunca daripada penggunaan skrin kecil dalam tempoh terlalu lama dan menaip dengan papan kunci yang kecil.

Kecederaan itu menjadi menjadi semakin kerap berlaku kerana alatan berteknologi tinggi menjadi semakin popular.

Semakin ramai penduduk Britain menggunakan telefon pintar kerana ia didapati lebih mudah untuk dibawa untuk melayari internet berbanding membuat panggilan telefon.

Berdasarkan satu kajian pendapat yang dibuat oleh YouGov baru-baru ini, sebanyak 44 peratus penduduk di Britain menggunakan telefon bimbit mereka untuk aktiviti lain berbanding membuat panggilan iaitu antara 30 minit dan dua jam sehari. Kajian berkenaan dilakukan terhadap 2,034 pengguna dewasa pada bulan September. – AFP 



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...