Showing posts with label charice pempengco. Show all posts
Showing posts with label charice pempengco. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Dah Makin Popular Dia Sekarang

Korang kenal tak ngn Charice Pempengco?? Seorang artis kecil molek berasal dari negara Filipina yang sangat berbakat besar dalam bidang seni suara. Beliau mempunyai suara yang sangat 'power' dan aku rasakan dia lah artis yang mempunyai suara yang sangat mantap pada abad ini mengalahkan artis-artis yang lain. Bagi aku lah. Tak tahu lah korang. 

Walaupun Charice banyak membawakan lagu-lagu popular daripada idol sendiri seperti Mariah Carey, Celine Dion dan Whitney Hudson tetapi aku rasa Charice membawakan lagu mereka dengan lebih baik lagi. Dengan gaya suaranya yang begitu lantang menyebabkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Charice sangat 'ummp' dan 'lemak berkrim' berbanding dengan penyanyi asal. 

Mungkin inilah tuah yang terdapat pada diri Charice setelah mengalami pergolakan dalam keluarganya semasa beliau masih kecil. Apa-apa pun, Charice Pempengco merupakan antara artis baru yang meningkat naik dari hari ke hari dengan bantuan komposer terkenal David Foster. Ok lah...nak tau kehebatan suara artis dari Filipina ni?? Jom sama-sama kita dengarkan All By MySelf oleh Charice Pempengco.Enjoys. 



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...