Wednesday, August 28, 2013

AROMA COKLAT GALAK MEMBACA LEBIH LAMA






Menurut sebuah penyelidikan di Belgium, aroma coklat boleh meningkatkan keseronokan seseorang untuk membaca buku dengan lebih lama dan membeli buku. 

Selain mempengaruhi hasrat seseorang, aroma ini juga mempengaruhi jenis buku yang dibeli. Terbukti dengan menggunakan aroma coklat di sebuah kedai buku, peningkatan penjualan yang mencapai 40 peratus.

Melalui kajian tersebut, mereka yang menghidu aroma tersebut cenderung untuk memilih buku-buku resipi dan novel romantik. Namun, aroma ini tidak pula memikat seseorang untuk membeli buku-buku sejarah mahupun seram.

Setidak-tidaknya, aroma coklat boleh meningkatkan minat seseorang pada buku. Dengan kata lain, anda juga boleh memanfaatkan aroma coklat ini untuk motivasi dan menemani anda membaca buku kesayangan ataupun duduk lebih lama di perpustakaan.


6 comments:

hafiz hafizol said...

ha, aku suka sambil baca novel sambil makan coklat... novel entah ke mana, coklat didahulukan.. hahaha

Ija Rased said...

betul tepat sekali. sy sangakat sukakan coklat dan bila amkan coklat, hilang stress. skrg ni my doter pulak hantu coklat.hihi

Cik Itah@Rama Rama Pendek said...

patutla bila makan coklat masa membaca..bertambah fokus jadinya hehe

Kirani Mia said...

waahh baru tau ni..kne beli coklat byk2 tyme nk baca buku ni..hee~

Norhasniza Khalid said...

wah,, nice info ni.. mama suka coklat, tapi bila stress lah.. tak stress nak pandang coklat pun tak lalu... hihi

asWANism said...

Belgian Chocolate antara yg terbaik sebab tu kajian dibuat di Belgium kot hehehe :)

truskemata anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...