Showing posts with label rangking fifa. Show all posts
Showing posts with label rangking fifa. Show all posts

Friday, October 5, 2012

RANKING TERBARU FIFA BOLA SEPAK MALAYSIA





Tahniah Malaysia !! Teruskan usaha anda. Aku tetap akan sokong Malaysia walaupun kedudukan ranking fifa turun naik. Semoga pada masa akan datang pasukan Malaysia akan bertambah baik dan kedudukan ranking melonjak ke tangga teratas. Go Malaysia Go !! Malaysia Boleh !!








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, December 23, 2011

RANGKING BOLA SEPAK FIFA MALAYSIA MENINGKAT

sumber:  facebook supporter harimau malaya



SKUAD bola sepak negara terus menikmati peningkatan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ia seolah-olah membuktikan betapa seriusnya Malaysia untuk berada dalam kalangan 70 pasukan terbaik dunia. Jika momentum cemerlang berterusan, tidak mustahil impian tersebut boleh dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Jika berjaya berada dalam kelompok 70 terbaik, masa depan pemain Malaysia untuk bergelar pemain profesional di bumi Eropah sangat cerah.




Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada bulan Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993. Menerusi kedudukan terbaharu itu, pasukan negara kini setanding dengan negara-negara lain seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150). Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145). 




Peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas. Sementara itu, kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara.


sumber 1 : FIFA
sumber 2 : kosmo


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...