KES LAHAD DATU Sebelum bercakap sesuatu, fikirkan dahulu..
MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?
...
Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan
VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah
untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari... kawasan
yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan
meninggalkan kawasan yang diceroboh.
Peristiwa berdarah dengan
lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper
69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota
keselamatan kita.
DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?
Ramai
juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis
yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya
akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat
mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah
Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan
mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?
Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan
sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding
kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu
diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang.
Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan
rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar
Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan
Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang
cuba membantu penceroboh ini.
Janganlah politikkan isu ini
dengan menyamakan konflik LahadDatu dengan demonstrasi jalanan Bersih ,
kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak
keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum
memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu
perkara yang boleh dibuat sewenangnya.
Negara kita mempunyai
institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam
Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai
proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya
boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab
tersebut. ------------------------------------------ Al-Fatihah kepada pejuang negara. Semoga Balu dan Anak-anak terus tabah menghadapi ujian Allah ini.
p/s: Sebelum bercakap sesuatu, fikirkan dahulu.. Kerana dosa yang paling senang kita tuai ialah melalui lisan. Allahu' Alam..
No comments:
Post a Comment