Tuesday, November 16, 2010

Wushu Sumbang Emas Pertama



PINGAT emas yang dicari oleh kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Ke-16 akhirnya ditemui.Ia hadir pada hari ketiga menerusi atlet wusyu wanita, Chai Fong Ying semalam.Ia emas pertama yang diraih oleh kontinjen Malaysia sejak temasya ini bermula secara rasmi- nya Jumaat lalu.Fong Ying melakukannya dalam acara taijiquan\taijijian individu keseluruhan di Gimnasium Nan- sha semalam.
Lebih manis, kejayaan Fong Ying ini juga boleh dikatakan hadiah kepada atlet negara beragama Islam yang menyambut Hari raya Aidiladha yang disambut hari ini di China, sehari lebih awal daripada Malaysia.



Fong Ying yang turun ke gelanggang sebagai juara bertahan selepas memenangi emas pada temasya yang sama di Doha, Qatar pada tahun 2006, pada awalnya terikat di tempat pertama dalam acara taijijian bersama atlet Indonesia, Lindswell dan Ai Miyoka dari Jepun setelah masing-masing mengumpul 9.67 mata.
Begitupun, atlet berusia 24 tahun ini bangkit dengan aksi lebih cemerlang dalam acara taijiquan untuk mengumpul 9.69 mata manakala Lindswell pula hanya mengumpul 9.43 mata dan Miyoka dengan 9.67 mata.
Kutipan tersebut sekali gus menyaksikan Fong Ying mengumpul mata tertinggi untuk dinobatkan pemenang pingat emas diikuti Miyoka untuk perak dan gangsa pula menjadi milik atlet Taiwan, Wen Ching-Ni.
Fong Ying menjelaskan, pada awalnya dia berasa amat tertekan kerana terikat dengan dua pencabar terdekatnya dalam acara taijijian, namun sebaik sahaja mengutip mata tertinggi dalam acara taijiquan, dia mengakui hampir menitiskan air mata kerana berasa lega.
"Saya hampir saja menangis selepas melihat markah yang saya kutip paling tinggi di kalangan atlet lain. Ini semua kerana teka- nan yang saya tanggung sepanjang saingan sengit acara ini," kata Fong Ying semalam.
"Pada mulanya saya sendiri tidak menyangka akan dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Doha empat tahun lalu, namun gembira kerana akhirnya dapat juga menghadiahkan pingat emas pertama kepada negara di sini.
"Sudah pasti ia suatu kejayaan paling bermakna bagi saya kerana selain ia menjadi emas pertama buat negara, ia juga adalah ganjaran hasil latihan yang keras di Fang- chou selama dua bulan.
"Hari ini (semalam) adalah hari paling manis dalam hidup saya," ujar atlet dari Batu Berendam, Melaka ini.
Sementara itu, seorang lagi atlet wusyu negara, Ng Shin Yii turut cemerlang apabila menduduki tempat ketujuh dalam acara taijijian dan keempat dalam acara taijiquan.

1 comment:

Unknown said...

tahniah Chai Fong Ying...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...