Monday, June 10, 2013

LARIAN ANTARABANGSA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2013



Sabtu lepas aku join larian antarabangsa angkatan tentera malaysia. Aku rasa ini lah larian yang paling mencabar aku pernah sertai. Dengan jarak larian lebih kurang 25km ditambah laluan yang mencabar seperti berbukit bukau, becak, lompat parit, masuk hutan, laluan pantai, ladang kelapa sawit dan macam-macam lagi menjadikan Larian Antarabangsa Angkatan Tentera ini di antara larian yang paling mencabar di Malaysia.

Alhamdulillah, dalam larian ini aku dapat tempat ke-23 di mana hanya top 30 sahaja medal disediakan. Memang dari mula aku lari, dalam otak aku nak dapatkan top 30 je. Tak sangka pulak bila dah sampai penamat tu, tukang jaga masa bagi kad kedudukan larian nombor 23. Happy giler masa tu. Yelah dah penat lari sampai 2 jam lebih kan. So lepas ni kena fikir dua tiga kali jugak la kalu nak join larian ni lagi. Hehehe

peta larian

rangking untuk kategori lelaki terbuka

meriam untuk perlepasan peserta larian

amek hadiah ngn sijil

hehehehe

koleksi medal terbaru...hihihi



1 comment:

Anonymous said...

nanti abg joe wat la satu entry khas mana letak smua medal2 n trofi lari2 ni..sure banyakkan..dah leh wat satu bilik khas x?hihihi


tahniah abg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...