Monday, June 3, 2013

KISAH KAHWIN SEMASA ANAK MASIH BELAJAR






Tengah sedap2 checking status member kat fb, terjumpa satu cerita pasal pasangan yang berkahwin pada masa belajar. tertarik juga dengan cerita ini. Jadi saya share untuk korang juge.

************

Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kawen muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kawen masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kawenkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu." 

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,s aya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas, tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita, bulih jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang laen salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana.


1 comment:

Unknown said...

Yeah..that's true..reflecting ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...