Thursday, October 4, 2012

TIMBALAN NAIB CANSELOR UTHM DIDAKWA RASUAH








JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010 dan 2011.

Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM15,000 tersebut pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada orang yang sama pada 28 Januari 2011 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat cawangan UTHM Batu Pahat.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.-kosmo


**********************

Kecoh satu universiti aku semalam bila TNC UTHM telah masuk berita semalam sebab ditahan oleh pihak SPRM. Secara umumnya, kejadian ini berlaku tahun lepas dan sebelumnya lagi dan kami sebagai pelajar yang belajar kat UTHM ni tidak tahu apa-apa sebab tidak ada kaitan dengan aktiviti pelajar. Jadi, sekarang ni, tunggu je la apa keputusannya antara betul atau tidak samada TNC UTHM ni melakukan rasuah.


p/s: I LOVE UTHM !!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...