Showing posts with label mentor 5 final. Show all posts
Showing posts with label mentor 5 final. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Tahniah Salma Juara Mentor 5

Sememangnya seperti yang sudah ku jangkakan, Salma protege kepada Erra Fazira yang akan menjadi Juara Mentor 5 semalam. Siapa yang tak kenal dengan Salma. Kelantangan vokal suaranya yang sangat mengkagumkan telah menjadi aset yang sangat bertuah buat Salma. Aku teringat kata-kata abg rambut ketak dalam episod mula-mula dulu. Salma tidak ada pakej untuk menjadi seorang juara. *sentap hati mak*. Tapi Salma telah membuktikan bahawa walaupun Salma tidak mempunyai pakej yang sempurna *bagi aku Salma cantik wokey* namun Salma mampu muncul selaku seorang juara.

Sekalung tahniah aku ucapkan untuk Salma dan Erra Fazira di atas kemenangan ini. Rasanya semalam dalam status facebook ramai rakan facebook aku gembira dengan kemenangan Salma. Ini membuktikan yang Salma memang mempunyai ramai peminat di Malaysia ni. Yelah kalau ramai yang tak suka dengan Salma takkan Salma boleh jadi juara pulak kan. Buat apa nak sokong kalau suara tak sedap. Kalau harapkan muka saja memang tak kan ke mana la kan. Tetapi bagi aku, ke semua finalis Mentor 5 semalam memang terbaik.

Apa-apa pun, tahniah juga kepada Shiha protege kepada Datuk Sharifah Aini yang mendapat tempat ke-2 dan Iqa protege kepada Edry yang mendapat tempat ke-3. Persembahan korang pon mantap gak. Aku suka dengan Shiha. Pehhh...dah la cantik, ayu, sopan *ade ciri2 gadis idaman uh*, suara pun sedap. Memang terbaek lah aku cakap. Iqa pun ok gak, protege kepada Edry memang stylo habis. Cantik dan penuh bertenaga. Caya lah. Tahniah semua. Semoga sukses dalam karier korang. Bye.





p/s: erra fazira cantik giler dowh malam ni...sgt cantik...furrr~


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, May 29, 2011

Live Streaming Konsert Akhir Mentor 5


Saksikan pertandingan akhir program realiti Mentor 5 malam ini pada jam 9 malam. Siapakah protege dan mentor yang akan membawa gelaran Juara Mentor musim ke-5. Adakah Iqa protege kepada Edry Abdul Halim, Salma protege kepada Erra Fazira ataupun Shiha protege kepada Datuk Sharifah Aini. Segala-galanya akan terjawab pada malam ini.

Jom sama-sama kita meriahkan program Mentor malam ini. Aku harapkan peserta kegemaranku iaitu Salma akan menjadi juara pada malam ini. Korang pulak macam mana?? Kepada sesiapa yang malas nak tengok TV tu, korang bolehlah tengok secara online je ye. Sambil-sambil tengok Mentor, boleh blogwalking melawat kawan-kawan blogger yer. 

Nak tengok online?? Klik kat SINI. Selamat menonton.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...