Showing posts with label jiwa. Show all posts
Showing posts with label jiwa. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Siapa Peduli Dia

Siapa mahu peduli? 
Siapa mahu kesah? 
Siapa mahu ambil tahu? 
Siapalah dirimu...
yang mahu diberi perhatian, 
yang mahu dicintai, 
yang mahu disukai, 
yang mahu dirindui...
siapakah dirimu? 
Siapakah gerangan orang yang mahu ambil peduli? 
Siapakah orang yang mahu menyelami sanubari? 
Siapakah dia yang mahu mengerti emosi? 
Siapakah dia? 
Apa yang tidak cukupnya? 
Apa yang tidak kena? 
Apa yang dicarikannya? 
Kesenangan? Kebahagiaan? Ketenangan? 
Atau apa? 

Kesempurnaan? 
Mana boleh sempurna! 
Setiap orang pasti ada kurangnya...pasti ada kelemahannya. 
Belajarlah menerima kelemahan yang ada. 
Jangan asyik dok mengkritik. 
Jangan seronok berangan saja. 
Belajarlah mengenal kelemahan. 
Belajarlah memahami kekurangan. 
Terimalah seadanya. 
Agar segala kelemahan menjadi kebaikan. 
Setiap orang ada kekuatan...pasti juaga ada kelemahan. 
Siapa yang dapat faham kekurangan, boleh terima kelemahan. 
Kemudian dia buat pembaikan. 
Maka beruntunglah dia.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...