Friday, February 22, 2013

TURUN BERAT BADAN DENGAN BERJALAN PANTAS






Berjalan pantas antara senaman mudah boleh dicuba sesiapa saja. Senaman yang murah ini memang manfaatnya terutama dalam kalangan mereka yang tidak gemar ke gymnasium atau mengikuti rutin senaman yang rumit.

Ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada gaya hidup seharian malah kaedah ini membantu kita menurunkan berat badan. Kajian daripada Universiti Pittsburgh turut melaporkan mereka yang berlebihan berat badan menerusi cara ini dengan berjalan pantas selama 30minit hingga satu jam setiap hari.



Berjalan kaki juga mempunyai faedahnya kepada tulang yang akan menjadi lebih kuat dan padat. Pada masa sama, berjalan juga membuatkan kita berasa lebih gembira. Malah bagi mereka yang kemurungan, berjalan sebanyak tiga atau empat kali seminggu selama 30 minit dibuktikan boleh meningkatkan mood seseorang.

Berjalan boleh menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga boleh menguatkan jantung, otot, dan paru-paru. Jantung yang kuat dengan kadar degupan yang bertambah akan membawa lebih banyak darah ke seluruh badan.

Pakar menyarankan supaya kita berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk kekal sihat walaupun ramai antara kita yang melangkah kurang daripada jumlah itu. Jika mahu mengurangkan berat badan, kita disarankan supaya berjalan sekurang-kurangnya 16,000 langkah setiap hari. 

Bergantung kepada tahap kecergasan masing-masing, kita harus ada matlamat untuk meningkatkan jumlah kita melangkah setiap hari. Tambahkan masanya setiap dua minggu serta kepantasannya.

Untuk mereka yang tidak biasa, boleh mula berjalan 10 minit pada kadar sederhana setiap hari, kemudian di hujung minggu tambahkan masa sehingga 20 minit. Jangan lupa pakai kasut yang sesuai serta bawalah air ketika berjalan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...