Gambar hiasan |
London: Lelaki sering dianggap tidak setia kepada pasangan tetapi tinjauan terbaru menunjukkan wanita lebih cenderung berlaku curang.
Hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.
Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.
Berjaya rahsia perbuatan
Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing. Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki.
“Kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap” katanya.
Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang.
“Wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif.
Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka,” katanya.
4 daripada 10 tak setia
Kajian lain di United Kingdom juga mendapati, empat daripada 10 wanita mengaku tidak setia. Sementara cuma tiga daripada 10 lelaki mengaku tidak curang.
Tinjauan pendapat 3,000 orang dewasa mendapati dua perlima wanita yang curang mengatakan ia berlaku ketika mereka berada di kelab malam. Hampir satu daripada empat wanita sama curang dengan rakan sekerja.
Kira-kira 55 peratus wanita mengaku mereka suka mendapatkan perhatian lelaki dan satu pertiga daripadanya berkata lelaki sering salah anggap wanita berkenaan meminati mereka. - Agensi
4 comments:
curang tuh satu hal
buat hubungan sex tuh lagi dasat, tanpa pengetahuan lagi tuh
amboi2...
hehehe..
no komen lah.. bg leeza nk curang atau sebaliknya, semua bergantung pd individu.....
moga kita tak tergolong dlm kalangan itu.
segelintir perempuan mmg cam tu tp sy tak
Nauzubillahiminzalik..semoga M dijauhkan dari sifat yang keji tu...
Post a Comment