Thursday, September 27, 2012

RUMAH KELUARGA MESRA ALAM ATAP RUMPUT




Fuhhh...smart tol rumah ni. Memang mesra alam betul lah. Guna rumput je kat atap dia. Xyah nak gune zink atau mozek bagai. Siap petang-petang boleh bola atas atap ni. Konsep mesra alam yang diperkenal oleh syarikat KWK Promes di Poland ini sememangnya menepati ciri-ciri orang yang ingin kan suasana damai dan tenang dengan keindahan rumput yang tumbuh menghijau ditambah dengan padanan rumah moden menampakkan lagi mood rumah hijau ni.
















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

MAKE UP MATA YANG SANGAT MENAKJUBKAN




Biasa korang dah tengok kan dalam aku punya entry ada pasal seni diorang lukis kat badan lah, bibir lah. Kali ni aku nak tunjuk seni kat mata lak. Sapa2 orang pomwan yg inginkan makeup bahagian mata yang nampak unik dan garang tapi dalam masa yang sama nampak cantik, bolehlah korang tengok gambar-gambar yang aku jumpe ni. Sume gambar makeup mata ni adalah hasil tangan dari remaja jerman iaitu Svenja Jodicke. Boleh jugak tengok tutorial makeup beliau kat SINI. Nice kan?? Selamat mencuba uols. Hehe


















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, September 26, 2012

SERIUS OHSEM PATUNG STAR WARS DALAM TERRARIUMS





Peminat-peminat watak dalam star wars pasti suka dengan idea ni dan aku rasa peminat-peminat kartun yang lain pon boleh jadikan ini sebagai sumber inspirasi untuk meletakkan korang punya patung2 kesayangan dalam balang kaca. Serius ohsem ok.

Idea ni dibuat oleh Tony Larson. Hanya memerlukan beberapa barang sahaja untuk diletakkan di dalam balang mengikut tema yg korang inginkan. Banyak lagi koleksi yang ada korang boleh lihat. Klik SINI.










KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

KENALI BLOGGERS CUN FANATIK BLOG PEZOLSTYLEZ





Assalamualaikum. Hari ini saja nak review bloggers yang selalu komen entry blog aku. Tiap kali aku update entry terbaru, mesti blogger2 ni asyik komen. Rata-rata dalam bulan ni, diorang la yang paling komen kat entry blog aku.

So, aku gelar diorang peminat fanatik blog aku walaupun blog aku ni biasa2 aje. Hanya disebabkan diorang lah blog aku tak sunyi dengan komen-komen yg membina, lawak, pandangan peribadi, dan ke'excited' kan diorang ngn entry aku. 

Tadi review blog-blog diorang ni, aku tengok sume ohsem blaka. Banyak gak info-info menarik dalam blog diorang yang aku tak pernah baca. Sangat mengujakan rasanya nak baca sampai habis sambil wat keje dalam opis yg berlambak ni.


Kalau korang pon nak tau apa yang diorang merepek kan dalam blog diorang ni, jom terjah ramai-ramai kat blog depa. Jangan lupe untuk follow blog diorang sekali. Aku?? Mestila dah follow blog diorang. Hehehe.


























KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, September 25, 2012

KUCING COMEL DIPERBUAT DARI SUDU GARFU PLASTIK



Comel tak kucing ni?? Hahaha. Bagi aku tak cantik langsung tapi unik dan kreatif. Betul tak?  Constantin Skretutsky telah menggunakan 600 batang sudu garfu plastik untuk membuat kucing. Memang nampak menyeramkan pun ada kalau tengok malam2 ni. haha.








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, September 24, 2012

GAMBAR SERANGGA MAKRO PALING MENAKJUBKAN




Tersangat lah excited ok bila ada orang amek gambar makro2 ni sebab kita tak nampak dengan mata kasar kecuali dengan bantuan peralatan yang canggih untuk melihat benda2 yang tersangatlah halus ni. David Chambon seorang photographer berbakat telah mengambil gambar2 serangga secara lebih dekat. Sangat ohsem dan cantik kan.












KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, September 23, 2012

RIVIEW FILEM THE RAID REDEMPTION INDO GEMPAK







Filem aksi 18SG The Raid Redemption keluaran dari Indonesia ini, walaupun baru ditayangkan di pawagam Malaysia tapi aku tetap dengan penuh semangat pergi tengok filem ini kerana daripada apa yang aku tahu filem ini merupakan antara filem yang ngetop sekarang ini.

Dengan babak-babak yang penuh mendebarkan disamping aksi-aksi yang cukup mencabar membuatkan aku teruja untuk melihat dengan penuh khusyuk bermula dari awal sehingga akhir. Sampaikan orang sebelah aku tutup2 mata tengok sebab adegan-adegan ganas yang tidak sesuai ditonton oleh budak bawah umur.

Walaupun filem ini keluaran Indonesia tetapi bahasa pengantar yang digunakan di dalam filem ini adalah 100% bahasa inggeris. Pelakon-pelakon rasanya semua guna pelakon tempatan tetapi speaking beb. Aku rasa macam tengok filem eropah lak tadi.

So secara keseluruhannya, aku bagi 8/10 untuk filem ini. Memandangkan filem ni banyak adegan-adegan bunuh, filem ni tak sesuai ditonton oleh budak-budak mahupun ibu-ibu yg mengandung. Tadi pon ade budak perempuan duk depan aku tiga orang tak sanggup nak tengok sampai keluar panggung. Takut katenya. Hehe.





KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

WANITA BIJAK MENIPU BERLAKU CURANG BERBANDING LELAKI





Gambar hiasan


London: Lelaki sering dianggap tidak setia kepada pasangan tetapi tinjauan terbaru menunjukkan wanita lebih cenderung berlaku curang.

Hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.

Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.

Berjaya rahsia perbuatan Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing. Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki.

“Kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap” katanya.

Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang.

“Wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif. Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka,” katanya.

4 daripada 10 tak setia Kajian lain di United Kingdom juga mendapati, empat daripada 10 wanita mengaku tidak setia. Sementara cuma tiga daripada 10 lelaki mengaku tidak curang.

Tinjauan pendapat 3,000 orang dewasa mendapati dua perlima wanita yang curang mengatakan ia berlaku ketika mereka berada di kelab malam. Hampir satu daripada empat wanita sama curang dengan rakan sekerja.

Kira-kira 55 peratus wanita mengaku mereka suka mendapatkan perhatian lelaki dan satu pertiga daripadanya berkata lelaki sering salah anggap wanita berkenaan meminati mereka. - Agensi




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

LADY GAGA BERJALAN-JALAN SEKITAR PARIS DENGAN PAKAIAN PELIK




Tidak sah kalau Lady Gaga keluar ke mana-mana function dengan pakaiannya yang serba pelik dan unik tuh. Terbaru Lady Gaga telah bersiar-siar sekitar Paris dengan pakaian yang bagi aku sangat 'ridiculous' gabungan warna merah jambu dan biru ditambah lagi dengan spec mata yg sangat pelik. Mungkin itu cara dia nak tarik perhatian orang ramai atau satu identiti dia untuk dia lebih dikenali.










KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...