Tuesday, November 29, 2011

KELUARAN TERBARU TOYATA KERETA SMARTPHONE

TOKYO - Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam. Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat". Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut. 








Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar. "Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda. Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. - Agensi


2 comments:

cik gojes :) said...

bak sini satu...ohshem sangat neh~

Unknown said...

@cG: amek la satu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...