Monday, January 31, 2011

Selamatkan Pelajar Malaysia Di Mesir



Umumnya, seluruh dunia telah mengetahui krisis yang melanda di Mesir. Pemerintahan kejam rejim Hosni Mubarak telah membuatkan rakyatnya tidak boleh duduk diam lagi sehingga tercetusnya rusahan besar-besaran menentang pemerintahan Hosni Mubarak. Aku pun rasa gementar jugak apabila mendengar situasi ini berlaku. Apa yang aku tahu terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia kat Mesir yang mana kebanyakkannya adalah pelajar. Banyak juga kan. Berikut adalah keadaan realiti sebenar pelajar-pelajar kat Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh salah seorang pelajar di sana yang sempat online sebelum internet disekat sepenuhnya.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Awww...Jangan Tengok



Korang nak tengok tak antara design langsir moden dan langsir untuk shower yang betul-betul unik dan stylez?? Design langsir-langsir ini adalah di antara design yang terdapat dari seluruh dunia. Ada banyak lagi nak upload tp tu la banyak sangat. *eee...cakap jelah malas nak carik...kan senang*. Aku rasa memang design tu very the wow and unique. Gue suka bangat loh * tibe-tibe je tuko bahasa indon ni pehal jol?*. Apa-apa pun korang layan jelah langsir tu. Kalau berminat pandai-pandailah korang carik yer kat mana-mana. Adios!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Eh, Apsal Kau Ni



"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, January 30, 2011

Kreatif La Sangat Kan



Korang rasa menconteng seperti ini boleh dikategorikan sebagai apa?? Adakah ia satu vandalisme?? Menjadikan benda di sekeliling sebagai satu medium dalam menghasilkan 'contengan' yang sangat cantik dan cool. Aku tengok memang cantek dan very the creative one tp tulah bukan pada tempatnya. Kalau fikir-fikir 2-3 kali semula, seni gabungan lukisan seperti ini mungkin sebagai satu daya penarik pengunjung untuk datang berkunjung ke situ. Sapa tau kan? Tapi apa-apa pun aku suka tengok benda-benda camni. Hehe. Korang tengoklah sendiri betapa kreatifnya diorang buat.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Serius Stylez Gigi Camtu



Pereka fesyen dari Jepun Motoi Ishibashi dan Daito Manabe telah mencipta satu alat LED yang sangat cool dan akan meng'illuminates' gigi korang apabila korang tersenyum. Pertama kali tengok sudah jatuh hati nak memilikinya satu. Tapi di mana saya boleh mendapatkannya?? *very da skema ayat* Huhuhu. Dah terbayang-bayang, bila pakai waktu malam yang gelap gulita, pasti akan menghasilkan satu demensi warna yang sangat menarik. Cam alien pun ade rasanya. Korang tengok lah. Stylez dowh !!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Jepun Raja Bola Sepak Asia



Doha: Jepun menjadi negara pertama yang memenangi Piala Asia sebanyak empat kali selepas menewaskan pasukan dari Australia dengan jaringan sebanyak 1-0. Gol pasukan Jepun telah dijaringkan oleh Tadanari Lee pada masa tambahan di pusingan ke-2 pada minit ke 108. Sememangnya negara Jepun layak dijulang sebagai Raja Bola Sepak Asia abad ini dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh pasukan mereka di pentas antarabangsa.




Tahniah buat pasukan Jepun. Semoga dengan kemenangan ini akan menaikan lagi semangat pasukan dari negara Asia yang lain terutama bagi pasukan bola sepak Malaysia untuk berusaha lebih gigih lagi supaya dapat beraksi ke Piala Asia pula selepas menjadi juara Piala Suzuki Disember lalu dengan menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Majulah Sukan Untuk Negara. Aummmm!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, January 29, 2011

Sapa Nak Kek??



Pernah tak korang nampak kek yang korang rasa geli je kalau nak makan?? Dengan rupa corak yang ntahpape, aku pasti korang pun pasti akan fikir 2-3 samada nak makan atau tak. Aku pun konfius, apsal lah diorang nak buat kek-kek buruk sedemikian rupa *eeew..ayat tak bole blah*? Kalau nak buat kek biarlah yang cantik-cantik kan. Baru ada selera nak makan. Tak gitu kawan2? Ni kalau dah rupa kek dah pelik2, sapa lah nak makan. Tapi kalau dah lapar sangat kena makan la jugak tp tutup mata la kot. Hahaha. Ok lah, korang tengok jelah caner rupa kek ni. Chill.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tolong Belikan Aku Satu



Satu benda yang aku idam-idamkan sampai sekarang ini adalah nak membeli sebuah Personal Computer Desktop yang sangat cool dan awesome tetapi tak pernah dapat lagi sehingga sekarang *sob..sob..sob*. Dunia teknologi yang semakin canggih dan pemikiran idea yang semakin kreatif dan berinovasi menjadikan barangan yang disekeliling dijadikan 'mangsa' kejam pengubahusaian casing komputer. Memang tersangat bestlah kalau dapat PC desktop ni. Mesti semangat nak berblogging akan bertambah-tambah. Hahaha. Ok lah, korang mesti nak tengok antara rekaan casing PC yg sangat incredible itu kan. Jom layannn.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, January 28, 2011

Comel Je Cincin Ni



Cincin makanan yang sangat comel dan unik ini telah dihasilkan oleh Auntie Sofia iaitu seorang artis rekacipta dari Kanada yang menetap di Jepun. Beliau telah membuka kedai cenderahati di Jepun dan salah satu jualannya adalah cincin makanan ini. Jadi kalau terasa cam lapar nanti boleh lah tengok cincin tu. Kurang lah sikit rasa lapar tu kot. Memang sangat sesuai lah kepada sesiapa yang hantu-hantu makan ni. Rugi korang tak beli. Hahaha. Jom ikut aku tengok antara design yang lain pula.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, January 27, 2011

Kelebihan Asma Ul Husna




*play diz song while you read diz entry k*

Dari Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun 1 ayat..." Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga." ( Sahih Bukhari )


1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kunci Basikal Elok-Elok



Nak gelak jap. Har..har..har. Sangat2 tak boleh blah ade juga perangai manusia macam ini. Sungguh menggelikn hati bile aku tengok diorang kunci basikal ntuk elak daripada dicuri. Macam-macam teknik diorang buat *sambil geleng-geleng kepala*. Mungkin diorang ni trauma kot, basikal diorang telah dicuri sebelum tu. Tu yg wat kunci kaw-kaw supaya tak hilang lagi. Lagi satu, bila dah kunci, diorang ingat xde orang lah nak curi tp teknik tu tetap salah dan gagal. Entah2 pencuri pun tak jadi nak mencuri sebab geli hati tengok. Kahkahkah. OK la, korang tengok la sendiri caner perangai dak2 ni. Memang sengal~


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Ben Ashaari Blog



For the second time, aku join lagi segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari iaitu segmen BenAshaari Blog. Straight's to the point, *berapa kali update sehari* actually aku update blog aku 2-3 kali sehari. *jumlah entry sekarang berapa dah* sekarang jumlah entry yg aku sehingga kini adalah 62 bagi tahun 2011.  *knp nak berada dlm bloglist* nak sangat berada dlm senarai blog abg Ben Ashaari kerana ingin menambah seberapa banyak kenalan dan sahabat handai di samping ingin berkongsi maklumat dalam dunia blog. *kalau blog aku popular* Aku akan buat banyak contest dan bagi banyak hadiah kpd blogger. Hehehe. Ok tu je. Thnks.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, January 26, 2011

Segalanya Tentang Hamburger

Hamburger Sneaker


Apabila dah kemaruk sangat dengan makan burger, maka dari situlah timbulnya idea-idea gila pelik untuk merekabentuk apa sahaja barang bersumber inspirasikan burger. Pelik kan?? Tapi pelik-pelik pun tetap barang-barang tersebut nampak unik dan memang style tuk korang simpan dalam rumah. Nanti kalau dah lapar sangat tu korang boleh lah bayangkan makan burger tu. Hahaha. Ok lah, korang tengok jelah apa yang diorang buat dengan burger-bueger itu. Layannnn.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Aku Mahu Gembira Hari Ini




*play diz song while you read diz entry k*


Sudah pasti korang ada matlamat sekarang ni. K
orang mahu berjaya, mahu bahagia. Kali ni, usah terlalu struggle lagi. Tak perlu mengerah minda bersusah-payah berusaha. Itu cara dulu. Sekarang, kita guna cara yang baru. 

Wujudkan kegembiraan digabung dengan kerajinan berusaha. Dengan kegembiraan itu, korang akan bersemangat. Setiap kali korang gembira, setiap kali itu jugalah korang akan bersemangat. Buat apa pun makin menjadi, dalam apa jua perkara yang korang usahakan.

Pasang matlamat mahu gembira setiap hari. Ini caranya. Ambil sekeping kertas dan pen. Tarik nafas dalam-dalam. Tenagkan fikiran. Bebaskan dari memikirkan hutang, masalah dan segala jenis musibah. Lupakan. Let it go!

Selepas tu, tuliskan matlamat korang mahu gembira setiap hari. Tuliskan begini “Aku mahu gembira hari ini“. Bila dah buat begini, samalah macam korang dah tanam benih. Selepas tu, bila benih dah tumbuh jadi anak pokok dan semakin membesar, kena siram dan baja selalu.

Bajai dan sirami benih kegembiraan di hati korang dengan cinta, kesyukuran dan kemaafan. Hargai orang yang korang cintai.

Ucap terima kasih pada si dia kerana dia mencintai korang, walaupun selama ni korang dah hidup bersama-sama dengan si dia sebagai suami isteri 17 tahun lalu! Bukan buang tebiat, tapi untuk nak hargai isteri atau suami korang, supaya dari situ korang akan kekal bersemangat.

Kekalkan yang baik, kurangkan masa yang lalu, hapuskan yang buruk-buruk di fikiran. Barulah kegembiraan kekal di hati . Bila dah gembira, apa saja yang korang buat akan senang jadinya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Yeah!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Rumah Atas Air Cool



Korang pernah nampak rumah terapong atas air?? Maybe ada yang pernah dan ada juga yang tak pernah kan? Kalau aku, pemandangan rumah atas air adalah biasa bagi aku sebab kawasan tempat tinggal aku di Limbang, Sarawak *ceh, promote tempat tinggal nampak brader* ada sebuah kampung tu, rata-ratanya rumah mereka berada di atas air. Sekiranya korang pergi ke negara Brunei Darussalam, korang juga akan jumpa banyak rumah atas air ni. Tetapi di Kanada rumah atas air ni jarang-jarang ada, jadi dianggap suatu yang unik dan sangat menarik untuk didiami. Dibina oleh seorang arkitek di sana, menjadikan rumah ini akan terapung mengikut tahap ketinggian air. Pengalaman aku, memang best dapat duduk atas rumah seperti ini. Dapat tenangkan fikiran kot daripada segala masalah. Ok lah, jom kita tengok rumah terapong di Kanada ini.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, January 25, 2011

Aku Suka Blog Ni

~klik banner  utk ke blog ni~


Macam korang jugak, mesti ada blog yang korang suka kan? Untuk pengetahuan korang, blog ni adalah blog member satu universiti ngn aku kat UTHM tp course lain. Aku suka blog ni bukan sebab aku kenal ngn tuan punya blog ni tapi sbb blog ni cantik, kemas, dan penuh ceria *tengok tagline dia lah*. Lagipun aku sbb gaya penulisannya yang sangat sempoi dan sungguh gedix itu membuatkan aku xsabar tgu entry terbaru dari beliau. Actually ade byk lagi blog yang aku suka terjah. Tapi untuk kali ni, aku nak promote blog R3VOLUSI SI GADIS sbg entry pembukaan blog yang aku suka. Sekiranya korang nak aku terjah blog korang, rajin-rajinlah hantar link blog korang dlm entry ni. Mana tau, boleh lah aku tolong promote blog korang kt sini. Ok lah, next time, aku akan promote blog-blog yang lain plak. Korang tunggu je la siapa yang bertuah. Jom terjah blog ini. Adios!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tinggi Segala Tinggi



Kuda paling tinggi di dunia - 6 kaki 8 inci


Berikut merupakan antara sebahgian yang paling tinggi di dunia mengikut kategori seperti binatang, makanan, bangunan, orang, dan banyak lagi. Memang sangat-sangat tinggi. Gerun pun ade aku tengok. Tapi itu merupakan tuah bagi diorang ni. Dapat jugak masuk buku "Worlds Guinness of Record". Aku apa ada. huhu. Ok lah, korang layan jelah gambar-gambar ni.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, January 24, 2011

Hobi Masa Lapang



Hari tu aku ada buat entry pasal mengukir patung menggunakan sebatang crayon. Korang boleh tengok kat SINI. Tapi sekarang ni bukan pasal ukir lagi tp membentuk guna banyak batang crayon. Korang faham kan? Tak faham korang buat2 faham jelah ek. Hehe. Malas nak terang panjang2. Letih kot. Sorang mamat ni Mr Herb Williams telah membuat patung 3D dengan menyusun batang crayon menjadi bentuk yang sangat unik dan menarik. Nak tengok??. Jom


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Mulakan Sesuatu Yang Baru



Kata orang sebelum mengajarkan sesuatu, anda perlu menjadi ‘somebody’ terlebih dahulu. Anda perlu ada kelulusan dan pengalaman.

Tapi di dalam arena blogging, itu tidak penting. Yang penting adalah sumbangan anda. Berapa banyak dan berapa bagus maklumat yang anda sampaikan kepada masyarakat?

Sebab utama kenapa ramai orang tidak mula memberikan ilmu yang berguna adalah kerana takut di kata tidak ada pengalaman dan tidak ada kemahiran.

Jadilah seorang penyampai.

Usah terlalu banyak bercerita tentang diri anda sebaliknya banyakkan bercerita tentang ilmu yang anda mahu sampaikan.

Anda tidak perlu menjadi seorang cikgu untuk mengajar, tapi ajarlah sesuatu lebih baik dari cara seorang cikgu mengajar. Renung-renungkan dan selamat beramal.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, January 23, 2011

Lawak Blogger Kampus


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Mahal Sangatkah Telefon Ni

Berikut merupakan antara 10 telefon yang termahal di dunia yang direka dengan bertatahkan intan dan berlian. Aku hanya memendam rasa hati yang teramat dalam untuk memiliki telefon-telefon ini. Ohh..sungguh tak berdaya untuk memilikimu wahai telefon yang sangat cantik lagi stylez. *eeew....jiwangnyer mamat ni*. Agak-agaknya gaji berapa tahun la kalau aku nak beli telefon macam ni. Huhu. Tapi takpe, angan-angan macam Mat Jenin tu penting. Dapat ngan tak dapat belakang kira. Tul tak?? Ok lah. Korang ushar2 la dulu. Mana tau ade berkenan. Bye


Goldstriker iPhone 3GS Supreme - $3.2 Million


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Selamat Malam

Mataku dah semakin mengantuk dah ni. Tapi aku gagahi jua untuk menulis entry ucapan selamat malam untuk korang yang aku sayangi.So, kejap lagi aku nak gi tido dulu. Esok kita jumpa lagi jika diizinkan dan tidak ada aral yang melintang. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog aku Pezol Stylez yang tidak seberapa ini. Semoga ikatan ukhwah di antara kita akan terus terjalin dan terikat erat sampai bila-bila. Amin. Baiklah selamat malam semua dan sebelum itu korang layan lah lagu ni Goodnight Goodnight by Maroon 5.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Motosikal Mesti Ada Stylez

Honda V4


Seiring dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat sekarang ini, beberapa konsep motosikal baru dengan rekabentuk yang sangat unik dan stylez akan dihasilkan untuk kegunaan umum di masa hadapan. Actually motosikal-motosikal ini sebahagian besarnya hanyalah rekaan artis semata-mata yang belum dihasilkan. Merupakan idea yang sangat menarik, cool, dan elegan. Aku memang sangat teruja untuk memilikinya suatu hari nanti. hahaha. Jom kita tengok antara design motosikal yang menyelusuri jalan raya suatu hari nanti.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, January 22, 2011

Rumah Batu Abad Ke-7 Di Iran



Sekarang ini negara Iran merupakan negara yang kerap keluar dalam berita. Banyak kontroversi yang telah melanda negara tersebut sehingga menjadi perhatian negara-negara dunia ketiga khususnya dari Amerika Syarikat dan seketunya yang tidak senang duduk dengan tindakan negara Iran mengenai isu neuklearnya. Hebat kan ?? Korang tahu tak di negara Iran mempunyai rumah batu yang telah berusia lebih 7 abad. Sangat-sangat menakjubkan? Macam rumah zaman batu la pulak. Tapi aku tengok cam best je duk lam batu. Mesti sejuk. Ok lah, korang tengok lah sendiri rumah batu orang Iran ni.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Hotel Helikopter Wow



Betul ke ada hotel helikopter ni? Aku pun tak berapa sure sangat. Mengikut apa yang yang uncle google cakap projek membuat hotel helikopter ni memang ada. Projek mega ini telah dibuat sejak tahun 2004 dengan mengubahsuai daripada helikopter Soviet-made Mil V-12 kepada "helikopter terbesar di dunia" sekaligus menjadikan "hotel pertama yang boleh terbang di dunia". Aku rasa projek ini merupakan hasil kerja yang sangat awesome dan ia nampak macam bus double decker di angkasa. Best jugak kan? Apa-apa pun korang layan jelah gambar-gambar kat bawah ni ea. Chill.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Beanbag Memang Stylez Lah

bubble beanbag


Aku tak tahu nak bagi istilah apa yang sesuai dengan beanbag ni. Nak kata sofa kecik boleh juga. Nak cakap bantal comel pon boleh jugak. Nak cakap kerusi pon boleh gak *konfius aku*. Takpelah korang ikut aku punya tagline jelah "apa-apa pun boleh bah". Selalunya kalau kat tempat aku, beanbag ade je jual tapi design nye tak lah berapa nak stylez sangat. Paling koman pun bentuk jari tu. Korang pernah tengok kan? Biasa je. Dan aku ingatkan tulah design yang paling meletup. Tapi setelah aku tanya kawan baik aku uncle google, rupa-rupanya ada banyak lagi design-design yang best-best dan stylez. Ohh memang aku suka sangatlah. Korang tengok lah, mesti korang teringin gak kan? Ok2 lets take a look.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, January 21, 2011

Demam Akademi Fantasia Kembali

Demam Akademi Fantasia 9 sudah kembali lagi. Setakat pukul 8.00 malam hari ni terdapat lebih kurang 50 video telah diupload untuk diperdengarkan kepada pihak pengurusan Akademi Fantasia sejak 13 Januari 2011 yang lalu. Dengan pendekatan ujibakat yang cukup unik iaitu secara online menjadikan para peserta boleh menghantar video nyanyian dengan lebih cepat, pantas dan efisyen. Ujibakat secara online ini akan berakhir pada 26 Januari 2011. Walaupun bagaimanapun sesi ujibakat secara live juga ada diadakan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, korang2 yang mempunyai suara yang mantop2 tu boleh mencuba nasib macam akak Amira Nasyrah ni. Sedap giler suara akak ni. Undi Amira!!! Semoga terpilih ye kak.



*kualiti video kurang memuaskan la pulak. gelap sangat la kak*


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Main Lipat-Lipat Buku



Korang pernah lipat-lipat buku tak semasa sekolah?? Eh...kalau aku suka bebenor main lipat-lipat buku ni. Tapi lipatan yang selalu buat adalah kipas je sebab panas. Tu je lah  lipatan yang aku tahu. Ok sekarang ni korang pasti akan rasa terkejut kambing beruk sebab ada banyak lagi jenis lipatan yang korang boleh buat sebenarnya. Encik Isaac Salazar telah menghasilkan lipatan 3 dimensi yang sangat cool daripada buku-buku yang terpakai dengan membuat lipatan huruf dan juga simbol. Aku tak terpikir pun nak buat macam tu. Ok lah, korang tengoklah hasil lipatan beliau.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Cupcake Itu Sedaplah



Aku memang suka kalau wat entry pasal makanan ni. Memang sangat mengujakan. Kalau rasa lapar tu boleh jadi rasa kenyang terus tengok gambar makanan *tipu jek*. Korang pasti pernah makan kan cupcake ni kan?  Dengan rekabentuk yang sangat kreatif dan comel pasti akan membuatkan korang begitu teruja tuk makan. Hahaha. Nak tengok antara rekabentuk cupcake yang sangat stylez ni?? Jom ikut aku menjeling-jeling dengan cupcake yang ada ni. Jangan malu-malu, korang pilihlah mana yang berkenan. Pastu korang buatlah sendiri yer. Hahaha.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, January 20, 2011

Binatang Peliharaan Paling Berbahaya



Kebiasaannya, orang akan mengambil anjing, kucing ataupun burung untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan. Tetapi keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang-orang di Afrika kerana mereka lebih suka mengambil binatang peliharaan yang boleh dikategorikan sebagai liar dan sangat berbahaya. Pada mereka, keadaan ini akan lebih selamat daripada binatang lain untuk menjaga diri dan kawasan mereka daripada ancaman musuh. Aku tengok sekali pun dah rasa gerun. Tapi aku tengok dua kali cam best jek. haha. Apa-apa pun kalau korang berani, bolehlah amek binatang peliharaan cam diorang ni. Ok lah. Korang tengok la dulu. Pastu pikir 2-3 kali samada nak amek ke tak? adios


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, January 19, 2011

Lampu Itu Sangat Cool



Antara koleksi lampu hiasan yang korang boleh gunakan kat rumah korang. Dengan rekabentuk lampu yang tampak lebih moden, eksklusif, kontemporari dan bergaya, rumah korang pasti akan menjadi lebih menyerlah. Korang boleh gunakan lampu ini di tempat yang korang rasakan perlu untuk diberi cahaya untuk menerangi kawasan sekitar rumah korang. Mari ikut aku tengok antara koleksi lampu yang sangat cool ini. Manalah tahu korang berkenan. Hehe. ok jom!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Klasik Itu Stylez



Sesetengah design itu klasik. Sesetengah design itu juga inovatif. Bila digabungkan di antara klasik dan inovatif itu maka jadilah yang klasik itu stylez. *entah betul ke tak formula aku nih, pepandai je*. Seorang pakar dalam ilustrasi teknikal dan rekabentuk kereta iaitu Visualtech's Bo Zolland telah menggunakan teknik-teknik moden dalam menukarkan casis kereta T-Bird ni daripada baru kepada lama. Dan hasilnya seperti yang korang tengok design kereta ini. Lihat sahajalah hasilnya, sangat2 style kan. Serius style. hehe. Teringin pula nak beli kereta macam ni. Huhu. Ok lah, aku nak layan kereta klasik yang stylez ni jap. Korang layanlah juga ek. Adios!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, January 18, 2011

Kesesakan Luar Biasa



Dari hari ke hari, manusia di atas muka bumi ini semakin bertambah bilangannya. Keadaan ini menyebabkan banyak kawasan-kawasan tertentu di dunia ini telah mengalami kesesakkan yang amat luar biasa. Diulangi "sesak amat luar biasa". Korang tau maksudnya kan? Kat Malaysia ni pun ade jugak tempat-tempat yang penuh sesak ni. Lebih-lebih lagi kalau tiba musim perayaan. Tapi aku malas nak citer pasal kat Malaysia coz korang biasa dah tengok kan. Ok lah, jom kita tengok antara kawasan yang mempunyai kesesakan amat luar biasa dari seluruh dunia.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kita Tahu, Tidak Tahu



Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tidak tahu. Beg
itulah adat menuntut ilmu bagi orang yang mahu memajukan diri. Orang yang positif fikirannya, akan terus ambil tahu tahu dan tidak menunjuk-nunjuk yang dia sebenarnya banyak perkara.

Masalah kita ni, dek nak ambik perhatian orang, dek nak tunjukkan kita punya konfiden, kita berlagak tahu. Terutamanya soal isu-isu semasalah. Kita mengkritik ikut suka hati kita.

Kita mengomen ikut sedap mulut kita tanpa kita sedar orang sekeliling menilai diri dalam diam. Dah tentu diorang kata kita ni jahil. Sebab? Kita cuba menutup kejahilan dengan berlagak tahu, buat-buat tahu.

Makin banyak kita berlagak tahu, sebenarnya makin banyak kita tidak tahu. Oleh kerana kita  tidak tahu, kesannya kita buat-buat tahu supaya kita tak malu.

Jadilah orang yang suka belajar – belajar dari persekitaran, dari orang-orang sekeliling, belajar dari alam. Orang yang belajar ni biasanya pendiam. Diamnya bukan diam sembarang. Diamnya diam berisi.

Diam berisi lebih baik dari bising yang kosong tanpa apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. Jadi, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, January 17, 2011

Lepak Dalam Sarang Burung


Dulu masa aku kecik-kecik, teringin sangat nak jadi burung. Sebab apa tau? Kalau kita jadi burung, kita boleh terbang tinggi dengan bebasnya sambil menikmati pemandangan flora dan fauna yang indah itu *eeew...poyonye ayat* . Lagi satu aku suka sangat tengok dengan sarang burung. Lebih-lebih lagi, sarang burung tempua. Aku fikir mesti best kalau dapat buat sarang macam tu. Haha. Jadi apa yang membuatkan aku teruja dengan entry kali ini adalah saudara Fred Frety dan Daniel Pauzet telah berjaya merekabentuk sebuah buaian seperti sarang burung yang bersaiz besar. *sangat teruja nih*. Memang sangat cool lah aku tengok. Lepas ni aku ingat nak cari lah sebiji dua dan gantung belakang rumah untuk bersantai sambil berblogging dengan tenangnya. hahaha. Jom ikut aku tengok sarang burung yang amat best ini.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, January 16, 2011

Kem Motivasi Budak Korea Selatan



Kem ini tidak kelihatan seperti kem percutian biasa untuk kanak-kanak perempuan. Ia merupakan satu kem latihan motivasi di Korea Selatan di mana kanak-kanak perempuan di sana  diberi latihan seperti tentera. Kalau kat Malaysia aku tengok just latihan biasa-biasa jer kalau ada program motivasi macam ni. Kena marah sikit mesti dah menangis. *macam member aku, bukan aku*. Jadi aku tidak hairan lah, kalau rakyat Korea ini sangat berani, berdisiplin dan komited dengan kerja diorang. Ok lah, jom ikut aku melancong ke Korea Selatan pulak tengok budak-budak perempuan di sana menjalani latihan ketenteraan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, January 15, 2011

Sepasang Mata Yang Indah



Gambar anak mata yang sangat menakjubkan ini diambil oleh seorang jurugambar professional iaitu Suren Manvelyan. Setiap hari kita hanya tengok anak mata secara kasar sahaja dan kita tidak tahu bagaimana bentuk anak mata kita secara lebih dekat rupa bentuknya. Ia adalah sesuatu yang sangat mengkagumkan kerana anak mata kita mempunyai struktur yang menarik seolah-olah berada di satu permukaan di sebuah planet yang tidak diketahui. Jadi, sayangilah mata anda dan jagalah ia dengan sempurna. Jom ikut aku tengok antara gambar anak mata yang diambil oleh jurugambar ini.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, January 14, 2011

Korang Memang Menakjubkan

Bukan semua orang ada bakat dan keberanian dalam menonjolkan kebolehan mereka kepada orang ramai. Memang susah mencari orang yang macam ni. Hanya segelintir sahaja boleh melakukan aksi-aksi yang kita boleh anggap tidak masuk akal dan berbahaya untuk dilakukan. Dengan bakat-bakat yang dimiliki menjadikan mereka orang yang patut kita kagumi dengan kebolehan mereka. Ok lah, korang pasti nak tengok kan kebolehan dan bakat diorang kan? Jom kita terjah....zaas!  



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Perangai Pelik Kat Mesin ATM



Pernah gunakan mesin ATM kan? Mestilah pernahkan. Rasanya kat Malaysia ni aku tak pernah lagi nampak orang-orang pelik apabila kat mesin ATM. Biasa je kot. Datang nak keluarkan duit, takpun masukkan duit atau nak masuk cek. Mesin ATM kat Malaysia ni pun mesra pengguna je aku nampak. Tapi kalau kat luar negara korang mungkin akan nampak lah  perangai-perangai pelik, lawak dan tak boleh blah yang dilakukan oleh orang-orang kat situ. Lepas tu ditambah pulak dengan mesin ATM tu sendiri yang terlalu banyak 'songeh' untuk kegunaan pengguna. Korang pasti takkan percaya sebelum korang tengok gambar-gambar ni. Jom layan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, January 13, 2011

Stadium Piala Dunia 2018 : Qatar



Umumnya, seluruh dunia telah mengetahui bahawa Qatar akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia pada tahun 2018. Oleh yang demikian, pemerintahan Qatar telah membuat perancangan untuk membina beberapa stadium untuk kejohanan yang berprestij itu nanti. Segala persiapan itu akan dibuat dari sekarang dan dijangkakan menjadi antara penganjuran terbaik di dalam sejarah Piala Dunia nanti. Aku memang terasa teruja sangat untuk melihat kejohanan itu nanti. Mana tau kalau ada rezeki boleh pergi ke Qatar untuk melihat secara live Piala Dunia.Hehe. Ok, berikut merupakan antara stadium yang akan digunakan apabila perlawanan itu berlangsung nanti. Jom, ikut melancong ke Qatar jap. Jom.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Blogger Gegarkan 'U'



Buat pertama kalinya aku join segmen yang dibuat oleh blogger tegar dalam dunia blogging nih iaitu dari abang Ben Ashaari. Sebelum ni, banyak gak segmen2 yang dibuat oleh beliau, aku jeling-jeling manja jek tapi tu lah, masa tak berapa nak mengizinkan. Dah nama pelajar IPT kan, konfem banyak bende lain yang kena settle dulu. Ok, back to our topic Blogger Gegarkan 'U'. Sah-sah segmen ni ada kaitan dengan aku. hehe. I'm IPT student wokey. Ofcoz la aku join segmen ni ntuk berkenal-kenalan dan bermesra-mesraan ngan blogger dari IPT lain. Manalah tau ada menyangkut sorang dua tuk dijadikan teman istimewa *gurlz only wokey*. Tu pon kalau ade yg sudi. Huhu. Ok lah, abang ben cakap kalu nak join segmen ni, korang kene jawab pop kuiz dulu. Hehehe.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Bersemangat Dalam Bekerja


Di kala anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan istighfarElak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja anda. Keburukan akan menarik keburukan. Kebaikan akan menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikirkan hal-hal yang baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja. 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, January 12, 2011

Keajaiban Geologikal Yang Tak Diketahui

Pamukkale - Turkey

Kalau di Malaysia, kita boleh berbangga dengan Taman Negara Mulu iaitu salah sebuah kawasan geologikal semulajadi yang terbentuk daripada faktor geologi yang sampai sekarang masih kekal walaupun sudah berusia ribuan tahun terbentuk. Tapi korang tahu tak negara-negara lain pun ada juga tempat-tempat geologikal mereka sendiri. Kalau korang tengok pasti korang akan berasa teruja untuk pergi ke sana. Serius best tempat-tempat nih. Jom kita tengok dulu sebelum korang kuor lunch. *aku dah lunch dah, hehehe*. Jom kita pegi melancong sekejap ke tempat2 nih.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Patung Kertas 3D



Seorang artis daripada China telah menghasilkan patung kertas 3D yang sangat menakjubkan. Dengan hanya menggunakan kertas sahaja, Cheong-ah Hwang mampu menghasilkan patung-patung kertas dalam pelbagai keadaan. Menurut Cheong-ah lagi, membuat patung kertas adalah sangat mudah dan sangat versatile dan bahannya senang tuk diperoleh. Jadi, korang yang ada masa terluang tu, bolehlah seni-senikan tangan korang tuk membuat patung kertas macam ni. Kalau boleh jual lagi bagus kot. Jom kita tengok antara patung-patung kertas yang dihasilkan oleh incik Cheong-ah ni. Jom.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, January 11, 2011

Suara Budak Ni Power Lah

Abraham Mateo, seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang mempunyai suara yang sangat mantap dan meletop apabila menyanyikan lagu yang bernada tinggi dari artis terkenal Celine Dion iaitu I Surrender. Mesti korang dah pernah dengar kan lagu ni kan? Aku pon tak boleh tarik lagu tu sampai camtu sekali *eh, bile pulak aku reti menyanyi nih* tapi tidak bagi Abraham Mateo nih. Senang je dia wat tarik lagu tu tinggi-tinggi. Meremang bulu tengkok aku dengar suara budak nih. Memang terbaek sangat lah. Jelez aku dibuatnya. Hahaha. Ok malas nak story morry panjang berjela. Kalo korang nak tahu lebih lanjut pasal budak ni, korang tanya la dengan pakcik google ea. Jom kita layan bagaimana kehebatan suara adek Abraham nih. Adios!!





p/s: johor cuti arini, best nyer!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Bandaraya Termahal Di Dunia

Tengok tajuk macam urusan nak jual beli bandar pulak kan?? hehe. Sebenarnya mahal yang dimaksudkan di sini adalah kos taraf hidup sesesorang di beberapa bandaraya di dunia. Bandar-bandar ini dinilai dari sudut ekonomi, pengaruh politik, kemampuan penyelidikan dan taraf hidup rakyat di dalam negara tersebut. Walaupun terdapat beberapa bandar penting yang lain yang mana kaya dalam soal sumber asli mereka dan kedudukan ekonomi yang baik tetapi bandar-bandar berikut merupakan 10 bandaraya yang dianggap menjadi bandar-bandar terkaya di dunia dengan kadar taraf kehidupan yang sangat tinggi.Jom kita tengok bandar-bandar tersebut.


10 Singapore - Singapore


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Awas Matanya Sedang Menggoda




Ada sape-sape yang teringin nak jadi awek beliau??? Bley hubungi aku untuk tindakan lanjut. Hahaha.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, January 10, 2011

Siapa Cakap Katak Tak Comel

The Goliath Frog *world largest frog*


Siapa antara korang yang suka katak?? Ada tak?? Mesti lah ada kan?? Hehe. Korang jangan ingat katak ni tak comel tau. Boleh dikatakan katakan katak-katak ni macam bunga jugak *tibe2 lak katak mcm bunga, ntah pape*, ada cantik dan ada yang tak cantik. Kontra lah tu kan. Lepas ni boleh lah korang jadikan katak ni  binatang peliharaan korang kat rumah. Mesti best. Hahaha. Ok lah, jom kita tengok antara katak-katak yang comel lagi kiut yang ada di atas muka dunia ini. Jom.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Macam Sedap Je Cendawan Ni

Sky Blue Mushroom - Entolaoa Hochstetteri


Korang pernah tengok cendawan tak?? Mesti korang tahu kan cendawan ni ada macam-macam jenis dan bentuk. Ada cendawan yang boleh dimakan dan ada juga tak boleh dimakan. Kadang-kadang aku tengok cendawan ni pelik je bentuknya. Walaupun aku tak berapa suka dengan keturunan cendawan ni tapi aku suka tengok bentuknya sebab cantik dan menarik. Entah aku pun tak tahu kenapa aku suka. Hehe. Ok jom ikut aku tengok antara jenis cendawan yang mempunyai pelbagai bentuk dan jenis nih. Sure korang layan lah.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25



JUARA AJL 25
Artis: ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU 
Komposer: ANA RAFFALI
Penulis Lirik: ANA RAFFALI
Hadiah: Trofi + RM35,000


NAIB JUARA AJL 25
Artis: MEET UNCLE HUSSEIN - DRAMA KING
Komposer: TAJA
Penulis Lirik: TEJA
Hadiah: Trofi + RM15,000


KETIGA AJL 25
Artis: HAFIZ AF7 - NOKTAH CINTA
Komposer: AJAI
Penulis Lirik: SHEIKH QALAM
Hadiah: Trofi + RM12,000


PERSEMBAHAN TERBAIK AJL 25
Artis: FAIZAL TAHIR - HANYUT
Hadiah: RM10,000 


VOKAL TERBAIK AJL 25
Artis: HAFIZ AF7 - NOKTAH CINTA
Hadiah: RM10,000


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, January 9, 2011

Facebook Akan Ditutup



Wahh...berita yang sangat mengejutkan uols. Facebook akan ditutup!! Diulang sekali lagi. Ditutup!! Eh betul ke?? Apsal lak ditutup?? tapi kenapa ek?? Ada sapa-sapa yang boleh tolong jelaskan kepada aku?? hehehe. Khabarnya, CEO facebook , Mr Mark Zuckerberg tu cakap, kehidupannya tak bahagia dengan bekerja di syarikatnya. Entahlah, aku pun tahu nak cakap apa lagi. Korang bacalah sendiri berita kat bawah ni ea, kalau korang nak tau lebih lanjut...adios!!. 


PALO ALTO, CA, 8 Jan 2011 –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kesilapan Dalam Bercinta



Cinta sesama insan yang tersayang merupakan satu perkara yang amat membahagiakan dalam hidup seseorang. Siapa yang tidak mahu disayangi dan dikasihi oleh pasangannya kan? Kalau boleh setiap saat dan ketika, hanya ingin bersama dengan si dia sahaja. Makan bersama, main bersama, shopping bersama, study kat library bersama, makan aiskrim bawah pokok bersama dan segala-galanya adalah bersama. Mesti best kan?? Tapi korang pernah  dengar tak, pasangan yang bercinta bertahun lama pastu putus di tengah longkang jalan?? Pasti mereka ada buat kesilapan di dalam bercinta ni. Korang nak tau?? Jom ikut aku sekodeng jap. Hehehe.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, January 8, 2011

Rokok Itu Binasa



Korang pasti pernah tengok iklan iklan pasal larangan merokok kan? Kat Malaysia pun memang dah belambak kita tengok kan?. Dalam televisyen, radio, akhbar, majalah dan banyak lagi memang banyak iklan larangan merokok dibuat. Tetapi masalahnya, orang-orang yang merokok tidak juga kurang-kurang. Pelik. Jadi siapa yang perlu dipersalahkan ni?? Lu pikir la sendiri. Eh korang nak tengok antara iklan larangan merokok yang sangat cool, menarik, dan mungkin boleh dijadikan iktibar kepada perokok-perokok di luar sama supaya berhenti daripada terus merokok. Jauhilah rokok. Amalkan gaya hidup yang sihat.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...