Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi. Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.
1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.
2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang anda lakukan tidak menjadi ibadah.
3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
Apa yang jua yang anda capai,pastikan anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam anda tu mendorong anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk anda mencapai azam anda dibuka serta dipermudahkan.
4. Set Untuk Kebaikan Bersama.
Apa jua yang anda mahu capai sebagai azam anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama anggap kejayaan yang anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri anda dan untuk anak-anak anda. Jika anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan anda, keluarga anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan anda. JIka anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan anda bersama rakan-rakan anda, bukan bangga kerana anda lebih berjaya daripada mereka.
5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.
Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran. Jika anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu anda. Mungkin anda mahu berjaya sebab anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.
15 comments:
terima kasih atas info yang amat memberansangkan hati DeQdEq yang tgh gundah skrg ni.
same2..deqdeq
nice,,thanks
salam 2011!! semoga betambah baikk
salam 2011..bagus info ni....boleh jdikan panduan...
sme2 lah menetapkan azam kita dgn niat kerana Allah s.w.t
smala2 kita igt mngingati..btw epi new year
azam baru ,, nk blogging sepenuh masa boleh?? haha,,
nak dapt DL tahun nie..tak kiree!!!!!!!!!!!!!
nice entry.. =)
good =)
guys: happy new year !!
wuahh!! ustaz pezol hehe..
jemput sini yer
blog Matdin
blog Serbaguna
Panduan yang sangat berguna....
Happy New Year 2011
thankx uols.....^_^
Post a Comment