Semua penah makan nasi lemak? Mane datang nasi lemak ni. Sape yg cipta? Mari sama-sama kita baca, SEJARAH NASI LEMAK.
Pada era kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan anak bernama mak kuntum dan seri. Suami mak kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di selat melaka. Oleh sebab itu mak kuntum terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan dia dan anaknya dan kerjanya ialah mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, mak kuntum keluar untuk mencari pelanggan.
Pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam diri seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Kemudian seri mendapat idea. Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.
Mula-mula seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. “Biar bau nasi yang dicampur dengan daun pandan ni dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.” katanya.
Pada waktu tengahari, mak kuntum pulang kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak untum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. “Apa kau masak ni, seri?” Jawapan seri : “Nasi le! Mak!” jawab seri berulang kali. Mak kuntum bertanyakan lagi kepada seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”.
Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai NASI LEMAK.
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA