Tuesday, July 31, 2012

BERBUKA PUASA DI RESTORAN SONGKET




Baru dapat invitation daripada ChurpChurp untuk berbuka puasa bersama-sama rakan blogger atau ahli churper. Tapi aku dapat nak join sebab masih ada program kat Universiti Malaysia Pahang. So aku just nak tolong sebar-sebarkan aje kepada bloggers kat luar sana yg free, bolehlah join majlis ni yer. Keterangan lanjut boleh klik SINI




SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, July 28, 2012

TIETGEN STUDENT HALL ASRAMA KAMPUS TERBAIK DUNIA





Tengok sepintas lalu pon dah tau, Tietgen Student Hall yang terletak di Copenhagen, Denmark ini layak dianugerahkan sebagai asrama kampus terbaik di dunia dengan fasiliti-fasiliti yg cukup lengkap seperti dapur, ruang membaca, ruangan santai, ruang belajar dan macam-macam lagi sebagai kemudahan pelajar-pelajar di sana. Kalau aku diberi peluang sekali belajar kat sini memang tak kan tolak lak. Konfem terima terus punya. Hehehe.



















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

ACARA GEMILANG PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012





Baru habis tengok acara gilang gemilang pembukaan sukan olimpik london 2012 kat youtube. Memang jenuh jugak la tunggu kontijen malaysia berarak masuk ke dalam stadium. Sebanyak 205 buah negara yang menyertai sukan olimpik london pada tahun ni di mana malaysia menghantar seramai 30 orang atlet. Just nak bagitau acara pembukaan sukan olimpik london 2012 ni sarat dengan warna-warni. Meriah betul. Suka la tengok. 
























MALAYSIA BOLEH !!



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, July 27, 2012

RM1 LEBIH BERNILAI DARIPADA RM100









Wang RM 100 & RM1.00 Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat. Empat bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. 

Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?

RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis

Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet



Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawabnya, "tidak pernah

RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!! Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..





KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

STYLO BEG TANGAN WANITA BENTUK TENGKORAK





Memang seram sangat kalau wanita bawa beg tangan bentuk tengkorak manusia camni bila jenjalan tapi pada masa yanng sama juga akan kelihatan lebih stylo. Agak-agak pencuri yang nak merompak tak jadi nak mencuri bila nampak tengkorak camni. Beg tangan bentuk tengkorak manusia ini telah dihasilkan oleh Esty Seller Griffin Leather. Aksesori yang sangat unik tuk kaum wanita dan tampak lebih bergaya. Ada berani nak pakai beg  tangan macam ni?/ Silakan.










KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, July 26, 2012

TAYAR GOODYEAR DUNLOP BERUBAH JADI PAKAIAN SEKSI




Siapa sangka tayar kereta yang kita selalu gunakan hari-hari boleh dijadikan salah satu cabang fesyen. Idea unik ini telah ditranformasikan oleh syarikat tayar terkemuka dunia iaitu Goodyear Dunlop dalam mempromosikan keluaran produk mereka. Hasil gabungan seni tayar dan fesyen ini telah diilhamkan oleh Carl Elkins yang memperlihatkan betapa hebatnya menggunakan tayar goodyear dunlop ni. Bijak dioraang ni kan nak tarik pelanggan untuk guna tayar keluaran mereka. Hehehe.









KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

TELUR REBUS COMEL SAYANG NAK MAKAN




Cuba korang tengok design telur rebus ni. Comel kan? Ada jugak yang sungguh kreatif wat macam ni. Wahh, mesti bertambah selera nak makan kan. Specially budak-budak. Aku pon suke gak makan telur rebus ni. Lebih-lebih lagi makan dengan kicap. Apa kata korang sediakan telur rebus comel macam gambar kat bawah ni untuk berbuka puasa petang karang. Mesti best tengok sebab menu berbuka korang terasa lebih meriah dengan penyediaan telur rebus yang sungguh comel. hehe.


















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...