Bila disebut bantal busuk, sudah pasti akan ada tersenyum manis teringat bantal sendiri di tempat tidur. Bantal busuk di sini bukan bermaksud bantal itu berbau busuk, tapi merujuk kepada bantal kesayangan sewaktu tidur.
Bagi sesiapa yang ‘ketagih’, senarionya lebih kronik. Rasanya kalau tak ada bantal busuk, memang tidur tak lena. Zaman bantal busuk sinonim dengan kanak-kanak, tapi bagaimana kalau dah tua bangka masih tak boleh berenggang dengan bantal kesayangannya?
Mungkin juga untuk menutup rasa malu, remaja lebih suka gelar bantal busuk sebagai ‘sentimental value’. Ya lah, nak ‘cover’ kan? Tak ranggi kalau orang tahu, sudah tua bangka masih berkepit dengan bantal busuk.
Fenomena ini hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil saja. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Selalunya bantal busuk bukan saja dilabel sebagai objek peneman tidur, dan ia bukan membabitkan bantal saja. Boleh jadi bantal selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya.
Walaupun objek ini dah bertukar warna selepas bertahun diperam, ditambah dengan kepam dan berbau, ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.
xde bntal busuk.
ReplyDeleteutk tuanya myb leh jadi pewangi,bagi orang lain,mau koma 7 hri..hihihi
ReplyDelete