JOHOR BAHRU - Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.
"Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.
"Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan," katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang, dekat sini semalam.-kosmo
bukan pelajar lagi.. xdapat la..hehe
ReplyDelete@nurul hanif: baucar ni utk student je kak...hihi
ReplyDeleteyuhhuuu bestnya,,
ReplyDelete