Saturday, November 12, 2011

9 Siti Impian Dambaan Lelaki

Siapa yang tak kenal Dato' Siti Nurhaliza...penyanyi wanita cantik yang punyai suara yang lunak merdu dengan tingkah laku yang sopan sesuai ciri-ciri wanita melayu. Untung Dato' K dapat Dato' Siti kan..tapi adakah itu sudah cukup untuk  kita jadikan sebagai Siti contoh di dalam kehidupan wanita sekarang?? Jom kita tengok antara individu-individu yang bernama Siti yang patut kaum wanita contohi.


********************



********************


[1] Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

[2] Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

[3] Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

[4] Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali).

[5] Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

[6] Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

[7] Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

[8] Siti Muti'ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

[9] Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini? *


24 comments:

  1. aishh nak tuka nama siti gak la

    ReplyDelete
  2. nama saya mira bukan siti...xpewlah!

    ReplyDelete
  3. @eikien: hahaha..bg nama siti kat anak2 nti yer...hihi

    ReplyDelete
  4. @noramira: xpe..nti dah kawen dpt ank pomwan bg nama ank ngn siti k...;p

    ReplyDelete
  5. belum cukup kuat nk tergolong dalam siti tersebut wlaupon nama ku siti..hihi

    ReplyDelete
  6. @hazirah: insyaallah boleh...tanamkn azam utk menjadi seperti mereka

    ReplyDelete
  7. semuanya bermula dengan nama siti la.anyway nice info.mereka semua yg tersenarai adalah tokoh wanita islam yg sememangnya patut dicontohi ^-^

    ReplyDelete
  8. thanks on sharing...dah lama mencari cerita psl SITI IMPIAN nie... =)

    ReplyDelete
  9. di dalam bahasa JAWA (nama salah satu pulau di Indonesia )SITI artinya tanah dan biasanya wanita/perempuan bernama siti itu orangnya lembut dan mau menerima apa adanya sperti tanah yang mau dipakai/ditanami apa saja oleh manusia
    Bravo info yang sangat menarik n salam kenalsemuanya

    ReplyDelete