Friday, June 3, 2011

Puasa Dah Ganti Belum

Assalamualaikum. Hari dah masuk 3hb Jun. Ermmm...ada apa dengan bulan Jun?? Biasa je kan. Tapi korang tahu tak bahawa hari ini dah masuk awal bulan Rejab dalam kalendar bulan Islam. Ini bermakna bulan Puasa aka bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tak lama lagi.

Aik...nak buat entry pasal puasa pulak ke aku ni?? Lama lagi kot nak puasa. Dua bulan lagi. Actually, aku just nak ingatkan kat korang, siapa-siapa yang belum ganti puasa yang korang 'kantoi' tahun lepas tu, boleh lah korang gantikan perlahan-lahan. Specially golongan perempuan. Kaum lelaki pon ade juga. Jangan buat-buat tak ingat lak kan.

Korang ade dua bulan sahaja lagi untuk korang nak ganti puasa korang tu. Ingat tu ade dua bulan sahaja lagi. Takde sebarang alasan. Kena ganti jugak. Manakala bagi mereka yang dah ganti puasa ataupun memang takde apa-apa, korang boleh lah buat puasa sunat di bulan rejab ni. Banyak kelebihannya kalau korang nak tahu..


KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

sumber: dakwah

8 comments:

  1. Ha..puasa jgn x puasa..

    ReplyDelete
  2. dah dah.... ngee. cpat je masa berlalu skang ni.. tup tap tup tap.. dah nk msuk ramadhan nti...

    ReplyDelete
  3. @saya punye: tu la..xlma lg da nk pose kn...hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,puasa cukup last year.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas ilmu dan peringatan :))

    ReplyDelete