Sunday, May 29, 2011

Bantal Tidur Burung Unta

Assalamualaikum. Sejak dua tiga hari ni, semakin galak pulak hujan kat bumi parit raja ni. Boleh dikatakan hampir setiap pagi hujan membasahi tanah gersang di sini dengan gabungan indah guruh berdentum dan sinaran kilat yang sangat cantik mewarnai ruangan langit sana. Jadi secara tidak langsung segala aktiviti di pagi hari akan tergendala buat seketika. Aktiviti 'membuta' juga menjadi aktiviti kegemaran di kala sejuk mencucuk badan yang sangat tidak berapa nak 'ngam' dengan suhu berhawa dingin. Alhamdulillah, dapat juga merasai suhu sehingga sekarang ni.

Hari ni aku hanya nak kongsi dengan korang bantal tidur burung unta. Pelik gak. Korang mesti tau bagaimana burung unta tidur kan? Burung unta akan memasukkan kepala diorang dalam tanah apabila nak tidur. Jadi Kawamura Ganjavian telah mengambil cara burung unta tidur dan mereka sejenis bantal yang mana korang boleh tidur dengan memasukkan kepala korang dalam bantal tersebut. Tapi boleh ke kita bernafas apabila memasukkan kepala dalam bantal tu nanti? Hurmmm...entah lah. Kena cuba dulu baru tau boleh ke tak. Hehehe. Ok la, korang layan jelah ek gambar kat bawah tu. Bye




p/s: nak bawak tido dalam kuliah boleh tak?? hehehe

10 comments: