*play diz song while you read diz entry k*
Remaja tidak terlepas daripada dunia percintaan. Dalam pencarian untuk mendapatkan perhatian, penghargaan dan pengiktirafan, cinta seolah-olah dapat memberikan jawapan. Bagaimanapun dalam bercinta remaja perlu berhati-hati. Ia perlu dikawal mengikut akal fikiran tanpa berpandukan kepada nafsu semata-mata serta bimbingan ibu bapa. Jika tidak, bertimpa-timpa masalah akan melanda bermula daripada membuang masa, sering berkhayal, berbelanja sehinggalah kepada seks bebas!
Sehubungan itu, tidaklah salah jika remaja ingin bercinta asalkan ia berpandukan kepada perkara positif seperti tidak mengabaikan pelajaran. Sebenarnya sesiapa saja dalam dunia ini mengharapkan cinta yang dibina itu kekal untuk selamanya. Tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah sepanjang hayatnya.
Ramai berpendapat cinta pada zaman remaja ialah cinta monyet iaitu cinta yang tidak kekal. Bagaimanapun, ada remaja yang sememangnya sudah menemui cinta sejati tatkala di bangku sekolah. Buktinya ramai pasangan berkahwin mengaku mereka sudah bercinta sejak bersekolah. Bagaimanapun untuk bertemu dengan pasangan yang benar-benar sesuai dengan anda bukanlah mudah. Ada pasangan yang sudah menjalin hubungan bertahun-tahun tetapi putus juga di tengah jalan.
Jika anda sedang bercinta, panduan di bawah mungkin sesuai untuk mengetahui sama ada si dia itu pasangan tepat bagi anda. Cuma sebagai remaja, anda juga perlu memikirkan masa depan bersama dan jangan hanyut dengan cinta.
* Rasa serasi*
Walaupun baru mengenalinya, anda terasa seperti sudah mengenalinya sepanjang hayat. Anda boleh berbual apa saja topik dengannya dan anda juga yakin bahawa dialah pasangan yang anda cari selama ini.
* Ketawa bersama*
Setiap kali bertemu, anda berdua pasti ketawa dan gembira. Apa saja perkara lucu yang dibualkan, anda pasti ketawa bersama. Itu menunjukkan anda berdua mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai perkara.
* Tidak pernah meragui*
Biarpun si dia jauh dari mata tetapi anda yakin dia sentiasa mengingati anda. Anda juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantunya jika dia dalam kesusahan kerana anda pasti dia juga akan bersama di saat anda memerlukannya.
* Tiada masalah*
Hubungan anda dengannya berjalan tanpa banyak masalah dan cabaran yang besar. Jika ada perselisihan faham sekalipun, ia sentiasa dapat diselesaikan dengan cepat kerana sentiasa ada pihak mengalah. Malah, apa saja yang dirancang berjalan lancar dan menjadikan anda berdua lebih bahagia.
* Membuat keputusan bersama*
Anda berdua sering membuat keputusan demi kebaikan bersama dan bukannya untuk diri sendiri. Sering mengadakan perbincangan terutama mengenai masa depan membuatkan anda lebih memahami isi hati masing-masing.
sumber asal: koleksicinta
haha.. parah weyh bercinte neyh..hehehk
ReplyDelete<3
ReplyDelete@sirap: tau xper...cpt jupe dr cinta...;p
ReplyDelete@cqq: <3 too...;p
ReplyDelete@baya: hahaha
ReplyDeleteCinta Monyet tak der dalam list ker....
ReplyDeleteTandas segera
@mie: xde...hehe
ReplyDeleteJuga amat meletihkan perasaan :D
ReplyDelete@s820: betul2...;p
ReplyDelete