Wednesday, April 6, 2011

Blogger, Untung Ke??

Pertama kali aku buat blog hanyalah sekadar suka-suka je. Aku suke bace blog orang. Macam-macam kerenah aku jumpe dalam dunia blogger nih. Bace punya bace tetibe je teringin nak wat blog sendiri. Tapi tak bertahan lama sebab takde idea nak tulis apa dalam blog. Masa tu pun aku memang tak tau apa pun pasal dunia blogger ni. Ikut sedap je nak tulis. Kalau rajin adelah. Kalau malas mahu berminggu-minggu jugak baru nak update.

Pada tahun 2010 merupakan tahun permulaan aku berblogging secara perlahan-lahan. Kebetulan awal tahun 2010, kerajaan negeri Terengganu ada membuat pertandingan blog Pelancongan Negeri Terengganu. Nak tengok blog aku masa aku join pertandingan ni?? Klik SINI. Dengan sedikit pengetahuan yang aku ada, bermula dari situlah aku belajar sedikit demi sedikit cara berblogging dengan baik.

Walaupun sekadar mendapat saguhati dalam pertandingan blog pelancongan negeri Terengganu, aku menanamkan azam untuk membuat keputusan akan terus berblogging selepas je pertandingan tu tamat tapi dengan niat yang berlainan iaitu sebagai sumber pendapatan sampingan. Bermula dari saat itu, aku mengenal apa itu nuffnang, apa itu innity dan macam-macam lagi. Semuanya pasal duit. 

Makanya menurut pandangan aku, menjadi seorang blogger ini memang menguntungkan. Tulis je entry pape pun yang korang nak tulis dalam blog korang pasti akan ada hasilnya. Tapi pastikan blog korang berdaftar dulu ye dengan 'agen-agen' pemberi duit ni. Kalau tak sia-sia je. hehe. Bukan senang nak dapat duit ni kawan-kawan. Usaha tu yang penting. So, kena ringan-ringankan lah jari tu mengetuk keyboard tulis entry yang menarik ok.

Ok lah malas nak citer panjang. Petang tadi aku join sesi blogger talk sempena minggu karnival kerjaya kat UTHM ni. Saudara Mel Romeo dan Bro Framestone telah dijemput untuk memberikan sedikit 'tazkirah' kepada bloggers UTHM dengan tajuk "Blogger, Untung Ke?". Banyak gak info yang aku dapat dari 2 orang otai blog ni . InsyaALLAH akan dipraktikkan. Semoga program camni akan dibuat dengan lebih kerap lagi dan menjemput bloggers otai yang lain. Hehe. Aku rasa sampai di sini sahaja. Jumpe lagi lain kali yer. Bye


gambar kenangan bersama Bro Framestone

4 comments:

  1. wah,memang best layan borak ngan broframestone..byk yang dia tau..

    P/s : dijemput join

    Small Give Away|RMxx dari Eyriqazz.Com

    ReplyDelete
  2. Untung-untung! sebab jadi blogger. haha

    ReplyDelete
  3. @hirumi: yay..teruskan berblogging k..hehe

    ReplyDelete