Tuesday, March 15, 2011

Kesan Radiasi Nuklear Kepada Manusia

Assalamualaikum. Hai korang. Sihat hari ni? Harap korang sihat la ek. Aku baru je habis kelas ni. Balik rumah sewa terus bukak lappy dan macam biasa lah. Update blog. Hahaha. Baiklah, hari ni aku nak share ngn korang pasal kesan radiasi nuklear kepada manusia. 


Semua orang kat dunia ni dah kecoh pasal loji nuklear di fukumi Jepun yang dah meletup tu. Jadi, ia menimbulkan banyak kebimbangan bukan sahaja di Jepun bahkan di negara yang berdekatan dengan negara Jepun yang mana kesan dari letupan loji nuklear tersebut akan menghasilkan radiasi yang sangat merbahaya kepada manusia.


Ermm...kalau kat Malaysia ni, tak tahulah samada kesan radiasi tu sampai kat sini atau tak. Semalam pun aku dapat mesej dari nombor yang tak dikenali yang menyarankan jangan keluar rumah sekiranya hujan. Dibimbangi akan memberi kesan merbahaya kepada kulit kita jika terkena air hujan. huhu. Lepas ni tak boleh lah aku main hujan lagi. *bongeks!*. Apa-apa pun, jom kita tengok dulu apa kesan radiasi nuklear ni kepada manusia.


      INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA
  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

sumber: berita harian

Jadi, korang yang berada kat luar sana, kalau di tempat korang hujan, elakkan daripada bermain air hujan tau. bahaya. Ingat tu. Kalau nak keluar, pastikan korang menggunakan baju hujan k. Jagalah keselamatan korang.

22 comments:

  1. tanda pertama dengan kedua dah ada dah..hari ni aku dah start selsema..rambut pulak dah makin pendek..

    ReplyDelete
  2. haha
    samalaa kita....cmna nk main hujan kalo gini ? :(

    ReplyDelete
  3. @budi: bahye tu...cpt g klinik wat check up

    ReplyDelete
  4. bahaya sungguh radiasi nuklear ni

    ReplyDelete
  5. thx for the info ..

    hurm baru je dapat mesej ni tadi .
    kena berjaga2 la pasni . petanda kiamat .

    ReplyDelete
  6. kalau guna alasan ni tanak pegi kelas aci tak?

    ReplyDelete
  7. @zarifahmr: mestilah boleh...haha

    ReplyDelete
  8. good info...boleh tak nk copy info utk blog akak??

    ReplyDelete
  9. ada 0rg kata bley dpt kanser jugak.......huhhuh

    ReplyDelete
  10. @kuntumz: blog je kak...sharing is caring...;p

    ReplyDelete
  11. @cqq: jgn lupe mkn ubat ek...;p

    ReplyDelete
  12. @ytazzizzaty: ooo.....bru tau...;p

    ReplyDelete
  13. setakat ni terkawal lagi.. InsyaAllah semua ok, kejer kena teruskan. Lanun dok di Mukah, memang selalu jar hujan daerah ini.. Doakan lanun sihatt..

    mohon kopi kesan radiasi. :-)
    nnt lanun buh kredit.

    ReplyDelete