Friday, February 25, 2011

Suami Tipu Tipu Isteri Lagi

Selamat Pagi!!. Camna sihat tak arini? dah sarapan blom? ke baru bangun tido nih? wakakaka. Ok lah hari ni nak share satu citer ngn korang pasal kehidupan berkeluarga suami isteri yang aku cedok dari PakarHowto. Ada pro dan kontra di sebalik citer ni. Layannn.

Seorang bos mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra dan ber'ehem-ehem'...*korang faham2 jelah*, sampai akhirnya mereka tertidur.

Bos tersebut tersedar pada jam 10 malam. Kelam kabut dia menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi. Dengan lantasnya, dia menyuruh setiausahanya membawa kasutnya kelua, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, bos itu segera pulang ke rumah.


Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

"ke mana abang pergi hah?...malam baru ingat nak balik?!"

"Abang tak mahu berbohong...sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam." , jelas bos itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah. Dia terpandang kasut suaminya yang kotor.

"Abang bohong!!!...ni mesti pergi main golf la kan?..."


********************

Moralnya:

  1. Jangan sesekali berzina kerana ia adalah BERDOSA BESAR. Hukuman rejam sampai mati bagi orang yang dah kahwin.
  2. Jangan berbohong dalam apa jua keadaan kerana ia adalah satu dosa. ALLAH murka kepada orang yang menipu.
  3. Jangan balik lambat ke rumah kalau tiada apa-apa hal yang penting. Ingat, anak dan isteri anda senanti menanti kepulangan anda. Pulanglah segera menemui mereka kerana mereka sentiasa merindui dan memerlukan anda.
  4. Isteri jangan tengking atau marah suami sangat. Kalau ya pun suami ada buat silap, cakap lah dengan baik dan cari masa yang sesuai.

18 comments:

  1. salam

    hehehe dah cakap benar kata bohong.. tapi betol tu anak isteri senantiasa menanti..

    ReplyDelete
  2. hehe mcm nih pon ade ye..:P

    jemput ke rumah,
    http://laydie-dda.blogspot.com
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  3. dah pompuan memang pesyen mcm tu.. berleter... kalo pompuan tak berleter tu maknanya dia ada masalah la tu.. haha... jangan hampiri zina.. hampir pun tak boleh.. apatah lagi nak berzina.. ye takkk

    ReplyDelete
  4. hohoo. macamtu plak bini dia ek. hahahah. org da bgtau yg betul xnk caye.

    ReplyDelete
  5. bro, yang hukuman tu ada silap sikit kot. yang berzina tu sebat 100 kali.. yang merogol je rejam sampai mati.

    ReplyDelete
  6. @fairuz: tulah....xfaham aku..;p

    ReplyDelete