Sunday, February 13, 2011

Siapa Peduli Dia

Siapa mahu peduli? 
Siapa mahu kesah? 
Siapa mahu ambil tahu? 
Siapalah dirimu...
yang mahu diberi perhatian, 
yang mahu dicintai, 
yang mahu disukai, 
yang mahu dirindui...
siapakah dirimu? 
Siapakah gerangan orang yang mahu ambil peduli? 
Siapakah orang yang mahu menyelami sanubari? 
Siapakah dia yang mahu mengerti emosi? 
Siapakah dia? 
Apa yang tidak cukupnya? 
Apa yang tidak kena? 
Apa yang dicarikannya? 
Kesenangan? Kebahagiaan? Ketenangan? 
Atau apa? 

Kesempurnaan? 
Mana boleh sempurna! 
Setiap orang pasti ada kurangnya...pasti ada kelemahannya. 
Belajarlah menerima kelemahan yang ada. 
Jangan asyik dok mengkritik. 
Jangan seronok berangan saja. 
Belajarlah mengenal kelemahan. 
Belajarlah memahami kekurangan. 
Terimalah seadanya. 
Agar segala kelemahan menjadi kebaikan. 
Setiap orang ada kekuatan...pasti juaga ada kelemahan. 
Siapa yang dapat faham kekurangan, boleh terima kelemahan. 
Kemudian dia buat pembaikan. 
Maka beruntunglah dia.

2 comments:

  1. lumrah manusia suka mengkritik even perkara kecik pn~
    lumrah manusia jugak suka disayangi,dicintai, dirindui walaupun kadang buat orang laen rasa annoying..terima dengan redha..
    seprti kate kamu nobody perfect kn..
    betulkan ape yang salah teruskan ape yang betul~

    ReplyDelete