Wednesday, January 26, 2011

Aku Mahu Gembira Hari Ini




*play diz song while you read diz entry k*


Sudah pasti korang ada matlamat sekarang ni. K
orang mahu berjaya, mahu bahagia. Kali ni, usah terlalu struggle lagi. Tak perlu mengerah minda bersusah-payah berusaha. Itu cara dulu. Sekarang, kita guna cara yang baru. 

Wujudkan kegembiraan digabung dengan kerajinan berusaha. Dengan kegembiraan itu, korang akan bersemangat. Setiap kali korang gembira, setiap kali itu jugalah korang akan bersemangat. Buat apa pun makin menjadi, dalam apa jua perkara yang korang usahakan.

Pasang matlamat mahu gembira setiap hari. Ini caranya. Ambil sekeping kertas dan pen. Tarik nafas dalam-dalam. Tenagkan fikiran. Bebaskan dari memikirkan hutang, masalah dan segala jenis musibah. Lupakan. Let it go!

Selepas tu, tuliskan matlamat korang mahu gembira setiap hari. Tuliskan begini “Aku mahu gembira hari ini“. Bila dah buat begini, samalah macam korang dah tanam benih. Selepas tu, bila benih dah tumbuh jadi anak pokok dan semakin membesar, kena siram dan baja selalu.

Bajai dan sirami benih kegembiraan di hati korang dengan cinta, kesyukuran dan kemaafan. Hargai orang yang korang cintai.

Ucap terima kasih pada si dia kerana dia mencintai korang, walaupun selama ni korang dah hidup bersama-sama dengan si dia sebagai suami isteri 17 tahun lalu! Bukan buang tebiat, tapi untuk nak hargai isteri atau suami korang, supaya dari situ korang akan kekal bersemangat.

Kekalkan yang baik, kurangkan masa yang lalu, hapuskan yang buruk-buruk di fikiran. Barulah kegembiraan kekal di hati . Bila dah gembira, apa saja yang korang buat akan senang jadinya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Yeah!!

8 comments: