Wednesday, December 29, 2010

Ketahuilah 4 Perkara Itu



Hidup saling ingat memperingati antara satu sama lain merupakan satu tanggungjawab bagi setiap orang muslim. Kerana dengan memberi peringatan itu amat berguna bukan sahaja kepada orang yang memberi peringatan bahkan untuk kegunaan orang yang diperingati juga. Tiada apa yang kita harapkan melainkan untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan dari-Nya untuk ke sekalian umat di muka bumi ini. Nak tahu empat perkara yang perlu korang ketahui? Teruskan membaca di bawah.


Empat Perkara Menguatkan Badan
1. makan daging
2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



Empat Perkara Melemahkan Badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat Perkara Menajamkan Mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat Perkara Merosakkan Mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat Perkara Menajamkan Fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



Empat Cara Tidur

1. Tidur Para Nabi

    - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' Ahli Ibadah

    - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat 

3. Tidur Para Raja Yang Haloba

    - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak 

4. Tidur Syaitan

   -  Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

6 comments: