Biasalah kalau dah angau, biasanya apa yang berlaku, ada je benda yang macam tak kene. Buat ni salah, buat yang tu salah. Bila dah terkena aura
1) Sukar Melelapkan Mata
Biasanya kamu jarang mengalami masalah tidur. Namun sejak bertemu dan berkenalan dgn si dia, ingatan kamu kepada si dia kian menebal hingga menganggu tidurmu. Bak kata pepatah cinta, makan tak kenyang, tidur tak lena and mandi tak basah. Ha.... ini yg kamu alami.
2) Berdebar
Perasaan kamu sentiasa berdebar-debar setiap kali bertembung dgn si dia. Lidah jadi kelu tidak berkata. Tidak semena-mena, kamu jadi kelam kabut dan menggelabah apabila si dia menghampirimu.
3) Ambil Berat
Kamu semakin berminat utk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Kamu tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4) Gelisah
Sehari tidak bertemu hati mula gelisah dan menganggu konsentrasimu. Kamu sentiasa tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5) Termenung
Biler tidak melakukan sesuatu, kamu lebih suker menghabiskan masa dgn termenung. Di mata kamu hanya terbayang-bayang wajah si dia dan sentiasa membayangkan kamu berada di sampingnya.
6) Cemburu
Kamu mula cemburu apabila si dia melayang orang lain termasuk kawan2 si dia. Jika diikutkan hatimu, biarlah si dia melayan kamu seorang sahaja. Sikapmu ini begitu ketara sehingga disedari kawanmu sendiri.
7) Rindu
Kamu tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat kamu pasti terdengar sayup2 suara si dia di telinga. Yang dipandang pula terbayang wajah si dia. Lebih teruk lagi apabila kamu tersenyum seorang diri apabila mengingatkan kamu tentang si dia.
8) Defensif
Kamu melakukan pembelaan mengenai si dia. Pantang orang lain salah cakap or sekadar mengusik, kamu dengan seriusnya akan mempertahankan si dia. Kamu bersikap defensif kerana hatimu tertutup melihat kelemahan si dia.
9) Mudah Salah Sangka
Kamu mudah berasa hampa dan kecewa jika permintaan kamu tidak dipenuhi si dia. Kamu anggap si dia tidak memberi perhatian kepada kamu sedangkan ada agenda lain yg si dia perlu penuhi.
10) Sanggup Berkorban
Kamu sanggup bersusah payah melakukan semuanya utk si dia. Misalnya tanpa diminta, kamu bersedia menjadi pemandu peribadinya mahupun orang suruhannya.
aku angau ke?? huh!!
ReplyDeleteangau bukan sejenis bangau atau langau..haha!saja.
ReplyDeletepaling tak tahan 'berdebar'.bukan tak tahan apa,tapi paling syiok bah...dapat duk sebelah pon uishh...macam nda cukup satu hari..hahaha
hahahaha erkkk xpnah qasa pon smua nih haha :P
ReplyDelete