Sunday, November 14, 2010

Misai Daya Penarik Lelaki



DI SESETENGAH negara, misai masih dianggap lambang kelelakian seseorang. Ada pula yang menganggap misai itu bak satu tarikan untuk kaum Hawa.

Dan tidak kurang juga mereka yang enggan mencukur misai semata-mata untuk kelihatan lebih garang. Walau apa pun, di India, misai tidak lagi dianggap tarikan bagi sesetengah kaum wanita di sana. Sebaliknya kebanyakan mereka lebih gemarkan kaum Adam yang mencukur misai mereka.

Satu tinjauan yang dijalankan AC Nielsen ke atas lebih 1,000 lelaki dan wanita di lapan negeri di India menunjukkan bahawa meskipun kaum Adam gemar memelihara misai, kaum wanita di kawasan bandarnya lebih gemarkan lelaki yang tanpa misai.


Dapatan menunjukkan bahawa meskipun sekitar 36 peratus lelaki di seluruh negara suka memelihara misai, sekitar 27 peratus wanita menganggap misai sebagai satu fesyen lama. Kaum wanita di Mumbai, Chennai, Delhi, Kolkata, Lucknow, Bangalore dan Patna mendedahkan apa yang membuat mereka gemarkan lelaki mereka. Sekitar 72 peratus responden wanita di Mumbai dan sekitar 83 peratus responden wanita di Chennai lebih gemar mencium lelaki yang mencukur misai.

Majoriti responden di Delhi dan Kolkata turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Tetapi laman GroundReport melaporkan bahawa kaum Hawa tidak begitu cerewet tentang jambang kaum Adam.

Di Mumbai, sekitar 64 peratus responden wanita menganggap janggut yang baru tumbuh meningkatkan lagi tarikan seseorang lelaki. Mengenai amalan mencukur, meskipun 90 peratus responden lelaki memilih untuk mencukur, hanya 55 peratus yang benar-benar mencukur.

Sementara itu, lebih ramai responden lelaki di Mumbai (72 peratus); Delhi (82 peratus); dan Ahmedabad (79 peratus) mencukur berbanding di bandar-bandar lain. Sebab utama kaum Adam mencukur di kawasan bandar di India ialah agar muka mereka kelihatan lebih bersih. Tetapi di Chennai sekitar 56 peratus lelaki mempunyai misai. Kaum Adam di Chennai dan Bangalore berkata misai kelihatan lebih menarik pada mereka.

Tetapi di selatan India, adalah menjadi satu kewajipan untuk kaum lelaki mempunyai misai selagi bapa mereka masih hidup. Tetapi mereka boleh mencukurnya bersih hanya selepas bapa mereka meninggal dunia. Warga India dikatakan mencukur kurang tiga kali seminggu. Secara purata tempoh mencukur ialah antara enam dengan 15 minit. Kaum Adam di Chennai dan Bangalore mencukur paling perlahan – sekurang-kurangnya 30 minit sementara kaum Adam di Lucknow mengambil tempoh 25 minit untuk mencukur.

Mereka yang kerap mencukur juga ada sebabnya. Di Delhi, Chennai dan Ahmedabad, kaum Adam mencukur untuk kelihatan lebih muda. Di Lucknow dan Patna, kaum lelaki melakukannya semata-mata untuk menjaga kebersihan. Lebih ramai kaum Adam di Ahmedabad dan Bangalore pula tercedera setiap kali mereka mencukur. Majoriti kaum Adam di Mumbai dan Kolkata pula tidak tercedera ketika mereka mencukur.

APA KATA LELAKI MELAYU

Rata-rata seramai 20 lelaki Melayu berusia antara 20 dengan 35 tahun yang dihubungi berkata mereka lebih gemar mencukur misai atas dua sebab utama.

Pertama, kerana cuaca yang panas. Kedua, kerana ingin menyesuaikan diri dengan rakan di sekeliling. Salah seorang daripada mereka, Encik Shafik Abdul Hamid, 25 tahun, berasa setiap kali beliau tidak mencukur misainya, bahagian atas bibirnya akan sering berpeluh. ‘Rimas rasanya apabila tak cukur misai. Sebabnya cuaca di sini sentiasa lembap,’ kata mahasiswa di sebuah universiti privet di sini. Seorang lagi kaum Adam, Encik Baharom Said, 29 tahun, berkata rakan-rakan di sekelilingnya yang tidak bermisai membuatnya berasa kurang selesa untuk menyimpan misai.

‘Lagipun penyelia di tempat kerja saya sendiri tidak menyimpan misai atau janggut. Jadi rasanya macam tak elok kalau saya menyimpan misai,’ tambah jurutera itu lagi.

Tetapi bagi Encik Syed Abdul Rahman Mohd, 34 tahun, beliau mencukur misai atas permintaan isterinya. ‘Isteri saya selalu tegur kerana bentuk muka saya tak kena kalau dipasang misai. ‘Lagipun beliau perasan bahagian atas bibir saya akan berpeluh apabila bermisai dan bila saya berjalan di kawasan yang tidak berteduh,’ katanya sambil tergelak.

p/s: aku xdak misai..janggut la...

7 comments:

  1. laki kalau simpan janggut lagi better dari simpn misai...:)..mcm en ayah ;p

    ReplyDelete
  2. aku suke lelaki yg b'misai dan b'jambang nipis..nmpk macho..kiki

    ReplyDelete
  3. Awesome informasi, banyak terima kasih kepada penulis artikel. Ini bisa dimengerti bagi saya sekarang, efektivitas dan pentingnya adalah pikiran-boggling. Terima kasih sekali lagi dan semoga berhasil!

    ReplyDelete
  4. Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?

    ReplyDelete