Bau badan adalah kombinasi di antara peluh dan bakteria. Untuk pengetahuan anda peluh sebenarnya tidak berbau, namun bakteria yang terhasil daripada peluh yang mengakibatkan badan berbau. Badan manusia menghasilkan dua jenis peluh yang diistilahkan sebagai apocrine dan eccrine. Kebiasaannya peluh jenis eccrine menurunkan suhu badan terutama ketika kita sedang bersenam. Manakala apocrine pula adalah pengaliran keluar peluh di bahagian bawah ketiak, tangan, kaki dan pangkal peha.
Kawal Bau Badan Anda !!
Mandi
Mandi dengan sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Lebih kerap anda mandi sebenarnya and akan kelihatan lebih segar. Dan masalah bau badan pasti tidak akan bersama anda. Ingat bakteria tidak akan singgah ditempat yang bersih !!.
Deodoran
Kebanyakan produk deodoran hanya menghalang bahagian ketiak berbau. Namun buat anda yang menghadapi masalah bau badan yang serius, pastikan anda memilih deodoran yang menghalang aktiviti bakteria daripada bertindakbalas dengan permukaan kulit. Produk seperti sabun akti-bakteria juga mampu melawan masalah bau badan.
Cara Pemakanan
Kurangkan pengambilan kafin, cola dan coklat serta makanan yang berzink. Ini adalah kerana makanan begini akan bertindakbalas menghasilkan peluh jenis apocrine. Banyak meminum air putih kerana ia dapat meneutralkan sistem penghadaman anda.
Asid Borik
Antara produk untuk mengawal bau badan yang boleh anda cuba antaranya adalah produk berasaskan asid borik. Gunakannya setiap kali selepas mandi dan asid ini mampu mengawal pertumbuhan bakteria pada badan. Namun dalam kadar yang diperlukan kerana penggunaan berlebihan mampu mengakibatkan kegatalan pada kulit anda.
Rawatan Alternatif
Jika anda mengalami masalah bau badan yang terlalu serius, rawatan yang dinamakan sebagai iontophoresis ini mungkin dapat membantu. Rawatan ini akan bertindakbalas dengan rongga kulit dengan menggunakan sistem elektrik bagi membuang lebihan peluh yang mengakibatkan bau badan yang terlalu kuat.
INFO: satu kajian dilakukan di bahagian Biologi Manusia di University Pensynavia melaporkan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.
elakkan bau badan...
ReplyDeleteBau badan ni normal bila perubahan diri berlaku dr kanak2 ke remaja.hehe...anyway,jangan lupa singgah ke blog aku http://realmaster-arifz.blogspot.com/
ReplyDelete@arif: betul tu....;p
ReplyDeletedan bau badan pula membuatkan lelaki ghairah.. hehe.. tapi kalau boleh jangan la bau tak sedap. adeh.haha
ReplyDelete@balck_roses92: hahaha....ok
ReplyDeleteinfo yg berguna... tq...
ReplyDeletebau bdan llaki kuat trutama bg diowg yg x jaga kebersihan n slalu mndai kerbau.huhuhu..nk jd spesis kambing la katakan..=p
ReplyDelete@green apple: welcome...;p
ReplyDelete@hanisah: betul2....sokong..tu la pentingnya jge bau bdn kn..kne mandi selalu..;p
ReplyDeletekalau mask komuter,memang tak tahanlah dengan bau badan (ketiak). rimas gila =)
ReplyDelete